in

Rex Tan, Bekas Wartawan FMT Ditahan Polis Mengikut Akta Hasutan

gambar hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai kenyataan seorang wartawan Malaysia berbangsa Cina yang didakwa menyamakan isu Palestin dengan kedudukan komuniti Cina di Malaysia.

Wartawan tersebut telah bertanyakan soalan mengenai isu tersebut dan berkata sedemikian ketika sesi soal jawab ketika satu program forum atau wacana awam yang menampilkan seorang ahli politik veteran Britain, George Galloway baru-baru ini.


Susulan kritikan daripada orang awam, wartawan tersebut yang bekerja dengan portal berita, Free Malaysia Today (FMT) dilaporkan telah meletak jawatan.

Manakala pihak FMT pula telah memohon maaf dengan menyatakan pihak mereka tidak tahu mengenai hasrat wartawan itu untuk mengemukakan soalan itu dan mereka juga tidak menyokong kenyataannya itu.

Artikel Berkaitan: Bandingkan Nasib Rakyat Palestin Dengan Komuniti Cina Di M’sia, Portal Berita Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Wartawan

Artikel berkaitan: Peserta Himpunan Solidarity Palestine Di Dataran Merdeka Yang Bawa Sepanduk Kutuk Netanyahu Digelar Zionis?

Terkini, pihak polis difahamkan telah menahan Rex Tan iaitu bekas wartawan FMT tersebut, lapor Berita Harian.

Difahamkan, bekas wartawan yang berusia 31 tahun itu telah ditahan polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan selepas datang ke IPD Dang Wangi.

Menurut peguam Rex Tan, Rajsurian Pillai, Rex Tan direman selama sehari dan akan dibebaskan pada hari ini, dijangka pada sekitar 5 petang nanti, lapor The Star.

Terdahulu, Rex Tan telah memohon maaf secara terbuka susulan dikritik oleh orang ramai di media sosial. Dia mengakui bahawa soalannya ketika acara forum itu tidak disusun dengan baik.

Sumber: Berita Harian, The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.