in

“Respect sikit!”- [VIDEO] Youtuber Bagi Ganjaran Hampir RM3k Untuk Batalkan Puasa

Feat 2

Youtuber Indonesia dengan 4.95 juta subscriber, hasanjr11 menerima kecaman hebat selepas menawarkan ganjaran 10 juta Rupiah (RM2,845) kepada masyarakat beragama Islam di negara itu untuk membatalkan puasa.

Video yang dimuatnaik pada 27 April itu bertajuk ‘Tes Keimanan, Bayar Orang 10 Juta Untuk Batalin Puasa’ nyata mendapat kritikan hebat masyarakat.

Dalam video tersebut jelas hasanjr11 menawarkan duit 10 juta rupiah kepada ‘mereka’ yang sanggup makan pizza yang dibawanya.

Selepas menerima kecaman teruk atas videonya itu, , hasanjr11 akhirnya tampil memuatnaik video di instagramnya, memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan.

Saya mau minta maaf atas seluruh masyarakat atas salah satu youtube saya yang tidak pantas, saya mengaku itu 100% kesalahan saya peribadi, saya memang salah, jadi pembelajaran buat saya untuk tidak buat video seperti ini lagi dan memperbaiki content-content saya.

Bagaimanapun video tersebut telah dipadam di YouTube miliknya.   Ish tak beragak!

 

Baca : “Tak payah hantar kat saya, ambil buat buka”  Pelanggan Tempah Makanan Untuk Belanja Rider Buka Puasa Bava