in

“Respect privacy dia” – Aida Aris Ditegur Netizen Gara-gara Muat Naik Video Pelukan Terakhir Amyza Aznan Kepada Anak

Syaz Ft 2026 02 24T155201.091

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Industri hiburan tanah air baru-baru ini dikejutkan dengan berita duka pemergian anak sulung pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail, pada malam Isnin lalu. Namun, di sebalik suasana hiba tersebut, nama pelakon veteran Aida Aris tiba-tiba menjadi bualan hangat dan menerima kecaman hebat daripada warga maya.

Segalanya bermula apabila Aida Aris, atau nama sebenarnya Siti Rohaida Mat Aris, 53, didakwa melakukan tindakan yang dianggap tidak sensitif dan kurang bersesuaian dengan situasi hiba tersebut. Menerusi satu perkongsian yang tular di aplikasi TikTok, Aida dilihat membuat live ketika berada tepat bersebelahan dengan jenazah Allahyarham Andre Mikhail.


Artikel berkaitan: “Doktor suruh keluarga bersedia” – Luahan Sayu Amyza Aznan Cari Ikhtiar Lain Lepas Setahun Anak Berjuang Lawan Kanser

Artikel berkaitan: Pecah Rekod! Khairul Aming Raih Jualan RM2.3 Juta Dalam Satu Hari Menerusi Live TikTok

@therealaidaaris

TheHanTu ᵒᶠᶠⁱᶜⁱᵃL, thank you for the incredible support in my LIVE! I will keep creating better LIVE content! #tiktoklive #livehighlights #livegift #handhearts

♬ original sound – AidaAris – AidaAris

Dalam sesi siaran langsung tersebut, Aida sempat memaklumkan kepada pengikutnya mengenai keadaan terkini Amyza Adnan yang dikatakan masih belum sempat melelapkan mata kerana setia berada di sisi jenazah anak tercintanya itu. Niat asalnya mungkin sekadar ingin berkongsi info, namun tindakan merakam suasana di sisi jenazah secara langsung telah mengundang kemarahan netizen.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan itu sebagai tidak beradab dan tidak menghormati privasi keluarga yang sedang berduka. Ramai yang mempersoalkan keperluan untuk membuat siaran langsung dalam situasi yang sepatutnya dipenuhi dengan doa dan suasana tenang, bukannya dijadikan kandungan media sosial.

Cats 27

Sebelum ini, Amyza merayu kepada mana-mana individu yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif untuk membantu merawat Andre yang difahamkan berada pada tahap kritikal.

Melalui deretan hantaran di IG, Amyza dilihat tidak henti mengharapkan pertolongan daripada orang ramai untuk membantu anak itu.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.