Nak ambil barang, demikian alasan 3 orang pelajar lelaki tingkatan 2 ketika ditahan oleh warden akibat menyelinap masuk ke asrama pelajar perempuan.
Kejadian itu diketahui selepas ada seorang pelajar perempuan dari sekolah berasrama penuh di Alor Setar, Kedah menjadi mangsa gangguan mereka sebelum membuat laporan polis.
Disebabkan itu, Berita Harian melaporkan bahawa pelajar perempuan itu curiga selepas mengetahui alasan yang diberikan oleh pelaku kerana tidak logik.
Alasan nak ambil barang pukul 2 pagi dekat asrama perempuan
Kata pelajar perempuan tingkatan 1 itu, semasa kejadian, dia sedang tidur di lantai bilik asrama dan tiba-tiba merasakan bahawa ada orang menarik seluarnya.
“Remaja perempuan itu dalam laporan polis dibuatnya mendakwa kejadian terbabit berlaku pada 2.30 pagi dan dia yang terkejut apabila seluar ditarik terus terjaga dari tidur.”
Tambah sumber yang melaporkan kejadian, pelajar perempuan tersebut dia ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali dan dia cepat-cepat bersembunyi bawah katil di sebelahnya.
Dalam pada itu, mangsa yang masih dalam keadaan terkejut turut melihat seorang lelaki berada di bawah katil tersebut.

Disebabkan rasa bimbang identiti mereka terbongkar jika mangsa menjerit atau membuat kecoh, 2 pelajar lelaki berkenaan terus berlari keluar dari bilik asrama.
“Namun, tindakan mereka melepaskan diri itu gagal apabila ditahan warden yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan asrama terbabit.”
Tambah sumber, hasil pemeriksaan mendapati bahawa semua yang ditahan warden itu terdiri daripada 3 pelajar lelaki tingkatan 2 dan mereka dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan asrama pelajar perempuan.
“Semua pelajar terbabit kemudian mendakwa yang mereka berada dalam bilik asrama perempuan ketika itu kerana mahu mengambil barang.
“Bagaimanapun, alasan diberikan tidak masuk akal dan pelajar perempuan yang mendakwa ditarik seluar ketika tidur oleh kumpulan pelajar lelaki itu tampil membuat laporan polis.”
Setakat ini, polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes tersebut.
Baca : Lelaki Gila Seks Ceroboh Rumah Jam 4 Pagi, Lari Dan Sembunyikan Budak Perempuan Selama 16 Jam

