Remaja Tergamak Rogol Ibu Kandung di Rumah Sendiri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sangat menakutkan apabila memikirkan tentang kes rogol yang berlaku di Malaysia. Makin hari makin hilang kewarasan manusia yang terlalu mengikutkan nafsu dan telunjuk syaitan seperti orang yang tidak berakal.

Seorang remaja berusia 21 tahun ditangkap baru-baru ini atas tuduhan merogol ibu kandungnya sendiri di rumah mereka yang terletak di Kamunting, Perak. Suspek didakwa melakukan perbuatan itu pada Rabu, 8 Mac.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah, aduan kes sumbang mahram itu dibuat sendiri oleh ibu suspek yang juga seorang janda anak lima pada pagi Khamis, 9 Mac.

Menurut wanita itu, anaknya menggunakan kekerasan ketika mahu merogolnya.

Gambar hiasan

Suspek yang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang tayar kemudian ditahan pihak polis bagi siasatan lanjut. Ujian saingan air kencing turut dijalankan sebaik sahaja remaja itu ditahan.

Hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan akan direman di bawah Seksyen 117,” kata Harrith.

Suspek kini direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 B Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak kurang daripada enam tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta menerima hukuman sebatan.

Tergamak seorang anak melakukan perbuatan terkutuk sebegitu kepada ibu yang telah bertarung nyawa melahirkannya. Ni lah jadinya kalau ikutkan hati, ikutkan nafsu…

Ini bukan kes pertama yang berlaku di Malaysia di mana mangsa dirogol oleh seseorang yang dikenali. Sebulan lalu, satu kes lebih kurang sama berlaku, seorang lelaki pecah rumah dan merogol ibu tunggal yang dikenalinya di Kuala Pilah. Apa lah nak jadi!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!