in

Remaja Maut Selepas Terkena Libasan Pedang Samurai Ketika Lindungi Rakan Perempuan

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yacoob Nasran, 18, bersama abangnya serta 7 orang rakan sedang bercuti di Kota Kinabalu ketika kejadian berlaku. Yacoob merupakan pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur manakala abangnya pula belajar di sebuah universiti di Singapura.


Main Rq 161216 P010A Raqib 1
sumber: the star

Mereka dikatakan baru keluar daripada pintu sebuah bar di Asia City sebelum terdengar kekecohan di hadapan premis itu kira-kira jam 4.15 pagi semalam, lapor The Star.

Seorang lelaki bersama bekas isterinya yang juga bekerja di pub itu sedang bertengkar. Mereka risau jika pertengkaran itu berakhir dengan sentuhan fizikal jadi Yaacob serta rakan-rakannya itu cuba meleraikan pergaduhan tersebut namun tindakan mereka membuatkan lelaki tersebut berang dan menyerang kumpulan remaja itu.

K5 1
sumber: borneo today

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, suspek yang berusia 26 tahun itu menyerang mereka bersama seorang sepupu lelakinya.

[sociallocker id=1666]

Tidak cukup dengan itu, suspek juga mencapai pedang samurai dan menghayunnya ke arah mereka. Menyedari rakan perempuannya akan terkena pedang yang dihayun itu, Yacoob menghalang lelaki berkenaan menyebabkannya terkena dua libasan di bahagian dahi serta leher.

Mangsa dipercayai menghalang pedang itu daripada terkena salah seorang rakan perempuannya,”

– Asisten Komisioner, M Chandra

K2 1

K6
gambar telah disunting. Sumber: borneo today

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dahi, leher serta beberapa kecederaan di bahagian mukanya.

Abangnya, Nabil berusia 19 tahun luka di bahagian ibu jari manakala seorang rakannya cedera di bibir dan telah menerima 18 jahitan akibat daripada serangan itu. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.

Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai penarik kereta itu telah ditangkap bersama-sama dengan dua pedang samurai lima jam selepas kejadian ketika bersembunyi di sebuah rumah di Bukit Padang. Bekas isteri suspek, dua bouncer serta pengurus bar itu turut ditahan bagi membantu siasatan. 

K 1
sumber: borneo today

Menurut rakan, Yacoob merupakan seorang yang ceria, selalu mengutamakan orang lain serta suka membantu.

[/sociallocker]

“Dia sangat suka membantu dan sering mengutamakan orang lain lebih-lebih lagi dalam kalangan rakan-rakan. Dia selalu ada untuk melindungi rakan-rakannya.” kata Lee, rakan kepada Yacoob.

Meskipun kematiannya mengejutkan ramai pihak, namun Yacoob kini digelar hero dalam kalangan keluarga serta rakan-rakannya.

Yaacob1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.