in

Remaja Maut Motosikal Terbabas Dalam Longkang, Disyaki Cuba Lari Dari Pemeriksaan Polis

Kemalangan Motor Terbabas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja berusia 17 tahun dilaporkan telah maut selepas motosikal yang ditunggangnya telah terbabas ke dalam longkang di Jalan Pasar Awam Kampar, Perak malam tadi.

Difahamkan, remaja tersebut disyaki telah melarikan diri daripada pemeriksaan polis sebelum mangsa terbabas ke dalam longkang yang berada di tepi jalan, lapor Buletin TV3.


Difahamkan lagi, mangsa dan empat lagi orang rakannya telah melarikan diri daripada diperiksa oleh polis kerana motosikal diubah suai dan mereka juga tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

5 1

Artikel Berkaitan: Pelajar Kolej Meninggal Dunia, Terkena Bilah Sabit Yang Dibawa Penunggang Motosikal

Artikel berkaitan: Remaja Meninggal Dunia Sementara Menunggu Pembedahan Organ Kerana Tidak Mampu Bayar

Remaja itu dan rakan-rakannya telah melarikan diri dan berpecah haluan walaupun telah disuruh untuk berhenti apabila ternampak kehadiran anggota Unit Rondaan Bermotosikal.

Besi tangga yang terletak berdekatan longkang telah dilanggar oleh motosikal yang ditunggang mangsa setelah motosikal tersebut hilang kawalan.

Mangsa kemudiannya telah terjatuh ke dalam longkang dan meninggal dunia.

Hasil pemeriksaan polis turut mendapati bahawa motosikal yang ditunggang oleh mangsa adalah milik bapa remaja itu.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.