in

Remaja Mati Selepas Mandi Tasik, Ini 5 Fakta Ameba Pemakan Otak Yang Meragut Nyawanya

126

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang berlaku tapi ia wujud!


Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun disahkan meninggal dunia selepas dijangkiti ameba pemakan otak ketika bercuti dengan keluarganya di sebuah tasik di Florida pada 2 Ogos lalu.

1111

Berita ini disahkan sendiri oleh keluarganya kepada media tempatan. Menurut Travis Wall(bapa mangsa), Tanner Lake Wall(mangsa) mendapat jangkitan tersebut ketika berenang bersama keluarga dan rakan.

Travis kemudiannya telah membawa Tanner ke hospital berhampiran di Gainesville selepas anaknya itu menunjukkan simptom-simptom seperti mual, muntah-muntah beserta ketegangan leher bagi mendapatkan rawatan.

Selepas pemeriksaan dilakukan, mangsa telah diberi bantuan pernafasan sebelum disahkan mengalami jangkitan ameba pemakan otak tersebut.

“Doktor beritahu anak saya tidak mengalami penyakit meningitis(radang selaput otak namun dijangkiti ameba yang tiada ubat untuk merawatnya”

Bapa kepada mangsa berharap tragedi yang menimpa keluarganya itu dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa di luar sana mengenai kewujudan penyakit berkenaan. Dia berkata :

Lagipun, kita dibesarkan dengan mandi di dalam kolam, sungai dan tempat seperti itu. Jadi, berhati-hatilah jika berenang pada musim panas”

Ini adalah 5 Fakta yang korang kena tahu tentang Ameba Si Pemakan Otak

Hidup di kawasan air tawar dan bersuhu panas

Contoh macam tasik, sungai, dan kolam air panas. Nama saintifik ameba pemakan otak ni ialah Naegleria Fowleri. Naegleria Fowleri merupakan satu-satunya spesies Naegleria yang boleh menjangkiti manusia. Even so, kalau terkena, bahaya!

125

Ameba ni membiak dengan baik kat suhu sehingga 46 darjah selsius. Suhu-suhu iklim kita tu. Tapi boleh juga dorang hidup sekejap kat suhu yang lagi panas.

Hanya masuk melalui hidung

Jangkitan ameba melalui hidung sahaja. Air yang ada ameba tu akan masuk ke dalam badan melalui hidung kemudian daripada hidung ke otak di mana ia akan rosakkan tisu otak.

Korang takkan terkena jangkitan ameba kalau tertelan air dia. Jangan korang minum pula air entah mana-mana yang tak dijamin kebersihan, kang masalah lain datang.

Selalunya fatal (mengakibatkan kematian)

Menurut Centers for Disease Control and Prevention(CDC), hampir kesemua kes akan berakhir dengan kematian. Pada tahun 1962 hingga 2018 di Amerika Syarikat, daripada 145 orang, 4 orang je yang terselamat!

Hampir 97 peratus dari jumlah pesakit.

Kes tak banyak

Dalam tempoh 10 tahun dari 2009 hingga 2018, AS catat 34 kes je. Je tapi fatal ya!

Tiada ubat sehingga kini

Sehingga kini, tiada ubat khusus dalam merawat Naegleria Fowleri. Terdapat beberapa dadah yang berkesan melawan jangkitan ni tetapi keberkesanannya masih tak jelas kerana hampir semua yang terkena jangkitan itu mati walaupun dirawat dengan dadah yang sama.

Baru-baru ini, 2 orang yang dijangkiti di AS terselamat setelah dirawat dengan dadah jenis baru iaitu miltefosine yang diberi sekali dengan dadah-dadah yang lain bersama pengurusan agresif terhadap pembengkakan otak.

 

Walaupun jarang ada, janganlah korang ambil remeh tentang hal yang berkait dengan kebersihan. Kebersihan kan separuh daripada iman.

 

Baca : Wabak Dahsyat Spanish Flu : Satu Pertiga Penduduk Bumi Dijangkiti, Hampir 50 Juta Maut Dalam 2 Tahun

1267

Sumber: facebook
Sumber: CDC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.