in

Korea Selatan Rekodkan Kes Pertama ‘Ameoba Pemakan Otak’

Amoeba Makan Otak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korea Selatan baru-baru ini melaporkan kes pertama jangkitan Naegleria fowleri yang biasanya dirujuk sebagai ‘amoeba pemakan otak’, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

KDCA dalam satu laporan mengesahkan kematian warga tempatan yang berusia dalam linkungan 50-an selepas mangsa kembali dari Thailand pada 10 Disember lalu setelah menetap di negara berkenaan selama empat bulan.


Menurut KDCA, mangsa yang dimasukkan ke hospital keesokan harinya telah disahkan meninggal dunia sebelum ujian genetik ke atas tiga jenis patogen yang menyebabkan Naegleria fowleri diadakan bagi mengesahkan punca kematian.

Img 5125 Phta Tech Notes

Hasil keputusan menunjukkan gen dalam tubuh lelaki tersebut adalah 99.6 peratus sama dengan gen yang ditemui pada pesakit yang mempunyai meningitis di luar negara dan ia merupakan kes pertama jangkitan itu yang dilaporkan di Seoul selepas Naegleria fowleri muncul buat pertama kali di Virginia pada tahun 1937.

Untuk pengetahuan, Naegleria fowleri ialah amoeba atau organisma sel tunggal yang hidup di dalam tanah dan air tawar hangat seperti mata air panas, tasik dan sungai di seluruh dunia.

Ia boleh memasuki tubuh manusia melalui hidung dan terus menuju ke otak.

Free Living Amebic Infections 635102 Small

Menurut KDCA lagi, antara simptom awal yang akan dialami oleh pesakit termasuk sakit kepala yang teruk, demam, loya atau muntah, manakala tempoh inkubasi Naegleria fowleri ini biasanya antara dua hingga tiga hari dan boleh mencecah sehingga 15 hari.

Sebagai langkah berjaga-jaga, KDCA telah menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti berenang di kawasan di mana penyakit itu dikesan walaupun penyebaran antara manusia adalah mustahil.

Sebanyak 381 kes Naegleria fowleri telah dilaporkan di seluruh dunia sehingga tahun 2018 termasuklah di India, Thailand, Amerika Syarikat, China dan juga Jepun.

Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat, sebanyak 154 kes jangkitan ‘amoeba pemakan otak’ dicatatkan dari 1962 hingga 2021 dan daripada jumlah tersebut, hanya empat pesakit terselamat manakala kadar kematian adalah lebih daripada 97 peratus.

Baca : Saintis Rusia Cuba ‘Hidupkan’ Semula Virus Berusia 400,000 Tahun, Cetus Kebimbangan Pandemik

Virus

Sumber: ICC
Sumber: CDC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.