in

“Jika benar mereka bawah pengaruh dadah, hukuman mati tidak dapat betulkan keadaan”- Bapa Mangsa

Page 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persoalan kes kebakaran yang melibatkan kematian 21 pelajar dan dua tenaga pengajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah akhirnya terjawab apabila Polis Diraja Malaysia telah berjaya menahan tujuh remaja yang mengaku diri mereka dalang di sebalik insiden tersebut.

Apabila mengetahui akan berita ini, kebanyakan ibu bapa mangsa meluahkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan tindakan tujuh suspek itu sebagai tidak berperikemanusiaan, sekaligus menyalahkan ibu bapa mereka atas perbuatan yang dilakukan.


Namun, salah seorang bapa kepada mangsa terkorban menzahirkan keredaannya terhadap apa yang berlaku dan tidak menyalahkan ahli keluarga suspek atas kejadian yang menimpa arwah anaknya, lapor NST.

Tahfizz
sumber: new straits times

“Saya percaya tidak ada gunanya mengkritik ibu bapa suspek kerana saya pasti tiada ibu bapa yang mahu anaknya berkelakuan sebegini,” ujar Norazizan Abd Razak, 46 tahun.

Bapa kepada arwah Taufik Hidayat Norazizan, 16, itu juga percaya bahawa hukuman kematian tidak akan dapat memperbetulkan keadaan.

14Tahfiz.transformed 1
sumber: facebook

“Saya percaya jika mereka dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan diberi panduan berasaskan Al-Quran saya percaya mereka semua akan berubah. Ini hanya pendapat peribadi saya dan saya tidak tahu bagaimana dengan pendapat ibu bapa mangsa lain.”

Norazizan menganggap tragedi yang berlaku itu ketentuan Ilahi dan redha dengan pemergian anak tersayang.

21740041 1738756046433586 6498914125310287094 N 2
sumber: facebook

Ketika ditemubual, Norazizan juga sempat meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas doa dan ucapan takziah yang diberikan sejak terjadinya insiden tersebut.

Sama-sama pakcik. Kami sentiasa doakan supaya arwah dan juga mangsa lain ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin

Baca: ‘Mereka seperti tiada penyesalan. Remaja tersebut langsung tak ucap kata maaf’- Sumber

Capture 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.