Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang didakwa membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di dalam tandas sekolah di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Selangor pada tahun lalu layak dibicarakan.
Menurut laporan Astro AWANI, suspek yang juga pelajar di sekolah yang sama dengan mangsa telah disahkan oleh laporan psikiatri bahawa dia layak dibicarakan.
Menurut peguam suspek, laporan daripada pakar psikiatri dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak itu mendapati remaja lelaki itu mempunyai keupayaan untuk memahami perkara yang berlaku dalam prosiding mahkamah.
Artikel berkaitan: “Anak seindah itu, namun ditimpa nasib yang kejam” – Ibu Mangsa Kes T*kam Bandar Utama
Artikel Berkaitan: Kes T*kam Pelajar Di Bandar Utama, Ini Kronologi Penuh Kejadian Tragis Tersebut
Remaja lelaki itu mempunyai keupayaan untuk dibicarakan dan mampu membela diri apabila dihadapkan ke mahkamah.
Difahamkan, remaja itu juga diarahkan untuk ditempatkan di Pusat Koreksional Puncak Alam, iaitu sebuah pusat yang difahamkan sebagai penjara untuk kanak-kanak.
Remaja itu turut diarahkan untuk menghadiri sesi kaunseling dan terapi sebulan sekali manakala tarikh 6 Februari ini ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sumber: Astro AWANI
