in

Remaja Lagak Seperti Tiada Apa yang Berlaku, Letak Bayinya Dalam Kotak dan Buang di Tong Sampah

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Remaja Lagak Seperti Tiada Apa yang Berlaku, Letak Bayinya Dalam Kotak dan Buang di Tong Sampah
Loading
/

Seorang remaja perempuan baru-baru ini ditahan kerana membuang anaknya yang baru dilahirkan di dalam tempat pembuangan sampah.


Sebuah rakaman CCTV di dalam lif menunjukkan remaja berusia 15 tahun itu pada mulanya meletakkan anaknya yang masih hidup di dalam sebuah kotak sebelum membuangnya di tong sampah. Kejadian itu berlaku di sebuah apartmen di Shenzhen, China pada 1 April lalu.

Di dalam rakaman itu, seorang gadis memakai t-shirt berwarna kuning dan seluar jeans dilihat memasuki lif membawa sebuah kotak sebesar kotak kasut bersama beberapa beg plastik.

B4

Z1

Apabila pintu lif dibuka, dia terus mengangkat kotak serta kesemua plastik itu dan keluar sebelum menuju ke tong sampah berdekatan.

B2

Z2

Mr Chen, penjaga pintu di blok apartmen itu berkata, gadis berkenaan sudah tinggal di kediaman tersebut selama lebih setahun dan berseorangan serta bekerja di sebuah salun kecantikan.

Dia nampak begitu tenang seolah-olah tidak melahirkan anak. Anda boleh lihat dari rakaman itu, dia membetulkan rambutnya sambil melihat ke cermin,” katanya.

Aa

Menurut penduduk setempat, gadis itu dipercayai terus ke tempat kerja selepas melahirkan dan membuang bayi itu di tong sampah. Takde perasan ke!

Bayi itu kemudian dijumpai oleh tukang cuci yang sedang mengutip sampah di kawasan perumahan di Liutang, daerah Bao’an, Shenzen.

Saya sangka ia adalah patung ketika melihat kaki bayi itu. Tetapi kemudian, saya lihat sekali lagi, bayi itu masih hidup dan darah memenuhi kawasan muka dan badannya,” katanya.

B5

Menurut seorang penduduk di situ, Mr Liu, bayi perempuan itu diletakkan di dalam sebuah kotak hadiah dan terdapat luka di bahagian bawah mata kanannya. Mereka kemudian membawa bayi itu ke hospital berdekatan.

Bayi seberat 2.65kg itu telah ditempatkan di unit bersalin di Hospital Rakyat Bao’an dan dilaporkan mempunyai masalah suhu badan rendah.

Pihak polis yang tiba di lokasi terus mencari gadis itu di tingkat 9 apartmen dan mendapati terdapat banyak darah di dalam tandas rumah selain bau kurang menyenangkan di seluruh kediamannya.

Bayi

Gadis berkenaan kemudian dibawa ke balai polis dan kedua ibu bapa dihubungi dan dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Menurut pihak berkuasa, tiada undang-undang atau peraturan yang membolehkan mereka untuk menangkap atau mendakwa gadis itu memandangkan dia masih di bawah umur. Ish!

Disebabkan itu, ibu bapa gadis berkenaan bersetuju untuk mengambil bayi itu dan membawanya ke rumah mereka di Heyuan, bandar Guangdong.

Tonton rakaman CCTV itu di bawah ini:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.