Internet tak dinafikan ada baik buruknya. Sebab tu kita kena pandai dan bijak menggunakan internet untuk tujuan yang bermanfaat.
Remaja lelaki dari Riyadh, Arab Saudi dikenali dengan nama di online ‘Abu Sin’ menggunakan internet untuk berhubung dengan seorang wanita yang disukainya. Dan wanita itu berasal dari Amerika Syarikat. Wow!
Christina Crockett, 21, dari California tidak tahu berbahasa Arab dan Abu Sin juga tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Namun ianya tidak menghalang mereka berdua untuk terus berhubung dan menunjukkan bahawa mereka tertarik antara satu sama lain.
Cinta antara benua? Atau cinta jarak jauh? (Hehe)
Tapi, apa yang paling tidak disangkakan, paparan mereka berkomunikasi di laman YouNow mendapat 6.5juta penonton dari Arab Saudi dan luar negara (WHATTT?!)
Dalam salah satu video mereka yang mendapat tontonan paling ramai di laman YouNow, Abu Sin memberitahu Christina bahawa beliau adalah rakyat Arab Saudi.
“Menarik! Saya dari Amerika Syarikat”, jawab Christina sambil tersenyum
Kadang kala, Abu Sin tidak memahami apa yang dikatakan Christina dan bermonolog dengan dirinya sendiri, “Apa yang dia katakan?”
Perbualan mereka berdua menjadi perhatian di Arab Saudi kerana sebenarnya agak janggal sekali wanita dan lelaki bukan mahram berhubung antara satu sama lain.
Kedua-dua mereka dikatakan telah meluahkan rasa cinta antara satu sama lain menerusi video itu. Wahhh! Tak pernah jumpa pun boleh jatuh cinta taauuu
Sambil tersenyum Abu Sin mengucapkannya di dalam bahasa Inggeris, “Saya juga cintakan kamu” beberapa kali.
“Saya tidak tahu apa yang awak katakan, tetapi saya benar-benar cintakan awak”, balas Christina
Walaubagaimanapun, keseronokan dan kemasyhuran Abu Sin hanya lah sementara kerana beliau ditangkap oleh sebab tindakannya itu dikhuatiri melanggar peraturan negara berkenaan.
Media Arab Saudi melaporkan Abu Sin ditahan bulan lalu kerana ‘tindak tanduk tidak beretika’ disebabkan video berkenaan.
Maka, cinta mereka pun tidak kesampaian….Huhuhu