Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di Jelebu atas dua pertuduhan memperkosa adik kandungnya pada tahun lalu sehingga melahirkan anak.
Remaja tersebut didakwa merogol mangsa pada Jun dan September 2022 mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, lapor Harian Metro.
Difahamkan, terduduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya yang berusia 14 tahun antara 21 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan perbuatan jijik yang sama terhadap mangsa antara 1 September 2022 hingga 10 September 2022.
Tertuduh telah mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan selepas dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.
Tertuduh juga dikehendaki tinggal berasingan dan dilarang menghubungi atau mendekati mangsa.
Dalam pada itu, adiknya melahirkan bayi lelaki cukup sifat di rumah pada 16 Februari lalu dengan bantuan ibunya.
Pegawai perubatan bersama kakitangan klinik kesihatan kemudian telah membawa remaja perempuan itu dan anaknya ke klinik untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke hospital.
Risau dengar berita sumbang mahram ni. Semoga keluarga kita dijauhkan dari perkara sebegini.
Baca: Lelaki Didakwa Cabul Remaja Bawah Umur Di Masjid, Rupanya Dah Buat Sejak 2013!