Seorang lelaki yang berusia 28 tahun telah ditahan pihak polis di Indonesia gara-gara disyaki melakukan jenayah seksual terhadap remaja bawah umur.
Suspek dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu di tingkat dua sebuah masjid di Kapanewon Gamping, Kabupaten Sleman, Indonesia, pada 15 Januari lalu.
Melakukan semasa mangsa sedang tidur
Menurut anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Sleman, M. Safiudin, suspek didakwa telah mencabul seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dikatakan ketika itu sedang tidur sebelum kejadian itu disedari oleh seorang saksi.

Saksi itu kemudian bertindak mengejut mangsa setelah melihat perbuatan terkutuk suspek.
Susulan kejadian itu, mangsa yang terus bergegas pulang ke rumah menceritakan insiden yang berlaku kepada rakan-rakan serta ibu bapanya.
“Selepas mangsa memberitahu rakan-rakannya mengenai kejadian itu, mereka juga membuka cerita bahawa pernah menjadi mangsa kepada pelaku yang sama,” dedah polis tersebut.
Rakan-rakan lain dakwa pernah lalui insiden sama
Walaubagaimanapun, apa yang lebih mengejutkan orang ramai adalah pelaku didakwa telah melakukan kegiatan khianat itu sejak tahun 2013 lagi.

Walaupun ada individu yang telah tampil dan mendakwa pernah menjadi mangsa, namun hanya satu laporan yang baru dibuat setakat ini, menurut laporan Kompas.
Tambah Safiuddin, suspek 28 tahun itu juga merupakan ketua pemuda masjid berkenaan.
Suspek yang kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Sleman sedang berdepan hukuman penjara 15 tahun atas perbuatannya itu jika disabitkan kesalahan.
Perbuatan jenayah seksual harus dipandang serius kerana ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut diharamkan dalam Islam.
Semoga ini jadi pengajaran pada kita semua…
Baca : Guru Agama Dihukum Mati, Bersalah Rogol 13 Anak Murid Sampai 8 Daripadanya Mengandung

