in

Remaja Berjalan Bawa Pisau di Pekan Sungai Besar Menakutkan Orang Ramai

Pisau 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Remaja Berjalan Bawa Pisau di Pekan Sungai Besar Menakutkan Orang Ramai
Loading
/

Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan tersebarnya berita mengenai seorang remaja perempuan dilihat mundar-mandir sendirian bersama pisau di tangannya dekat Pekan Sungai Besar, semalam.


Menurut Sinar Harian, remaja yang berusia 19 tahun itu berjalan di sekitar kaki lima dilihat membawa pisau pemotong bawang dan sekali sekala mengacukan pisau tersebut ke arah polis yang mengekorinya.

Capture 20170711 182807
sumber: facebook

Kejadian ini mula disedari pihak polis apabila mereka sedang meronda di kawasan berkenaan. Anggota peronda kemudian mengekori remaja tersebut sehingga mereka berjaya menahannya kira-kira lima minit kemudian.

Suspek dikatakan mengalami masalah mental dan tidak bertindak agresif ketika ditangkap. Malah dia juga tidak mengganggu orang ramai yang berurusan di pekan tersebut.

Namun menerusi rakaman video netizen yang tersebar di laman Facebook, seorang wanita bersama anaknya dilihat berada di dalam kereta ketakutan melihat remaja tersebut cuba mengacukan pisau ke arah salah seorang anggota polis yang cuba mendekatinya.

Dia didengar menyebut, “Alamak ini apa benda ni! Ah seramnya, siap bawa pisau lagi tu.” 

Remaja tersebut kemudian dilihat berjalan ke hadapan sambil dua anggota polis mengekorinya dari belakang. Namun setelah mereka berada di hujung koridor, salah seorang dari anggota polis dilihat cuba mengeluarkan pistolnya yang terselit di belakang.

Capture 20170711 182921
sumber: facebook

Perakam video yang cemas melihat kejadian itu berkata, “Weh, dia buka pistol. Jangan…” 

Capture 20170711 183216
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, remaja tersebut telah dibawa ke Hospital Teluk Intan, Perak untuk menjalani pemeriksaan mental. Harap semua baik-baik saja!

Baca: Lelaki Ditangkap Mencabul Kemaluan Wanita di Parkir Lot Pusat Beli Belah AEON

Cabul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.