in

Remaja Alami Kecacatan Kekal Lepas Cikgu Paksa Ketuk Ketampi 150 Kali Gara-gara Bawa Snek Masuk Dorm

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan kesalahan besar pun…


Seorang pelajar sekolah di China telah mengalami kecacatan kekal selepas dia dipaksa melakukan ketuk ketampi sebanyak 150 kali sebagai hukuman.

Menurut The Sun, remaja perempuan berusia 14 tahun ini telah ditangkap oleh gurunya kerana membawa masuk makanan ringan ke dalam asrama.

Ibu kepada remaja bernama Zhou memberitahu media tempatan yang insiden ini berlaku pada jam 10 malam 10 Jun lalu.

Nintchdbpict000684947580.Jpg

Dikatakan, ketua pengawas telah menemui snek di katil Zhou dan disebabkan kesalahan ini, remaja malang ini dikenakan hukuman untuk melakukan 300 ketuk ketampi.

Sebelum melakukan hukuman, Zhou menerangkan bahawa snek yang ditemui itu bukan miliknya serta dia turut pernah mengalami kecederaan kaki pada April 2020.

Tanpa mengendahkan rayuan pelajar ini, ketua pengawas tersebut tetap berkeras meminta Zhou melakukan hukuman tersebut sambil dipantau seorang guru bernama Liu yang dikatakan tak buat apa-apa untuk menghentikan penderaan tersebut.

Selepas membuat ketuk ketampi sebanyak 150 kali, Zhou dikatakan telah mengalami kecederaan parah sehingga terpaksa di bawa ke beberapa hospital sehingga doktor mengesahkan yang remaja ini telah mengalami kecacatan kekal dan perlu berjalan menggunakan tongkat.

Bukan itu sahaja, pelajar ini turut mengalami tekanan selepas insiden tersebut.

Ekoran kejadian ini, sekolah itu dilaporkan telah pun menawarkan bayaran sebanyak RMB 109,774 (RM 70,919.59) kepada keluarga mangsa sebagai wang pampasan namun ditolak.

Manakala guru yang dikatakan terlibat itu telah pun dibuang kerja dan kes ini kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di sana.

Aduh bawak makanan je pun…

 

Baca: “Di mana maruah cikgu?!” – [Video] VIRAL! Parent ‘Denda’ Ustazah Suruh Merangkak Dalam Kelas Depan Anak Murid!

Screenshot 2021 10 12 At 3.24.18 Pm

Sumber: The Sun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.