Remaja Akhirnya Bongkar Rahsia Jadi Mangsa Rogol Bapa Kandung Sejak Usia 12 Tahun

Tiada apa yang lebih seksa daripada diperlakukan dengan teruk terutamanya didera secara seksual oleh keluarga kandung sendiri. Begitulah situasi dilalui seorang remaja di Saratok yang akhirnya membongkar rahsia pengalaman hitamnya itu.

Menurut NST, remaja itu yang kini berusia 15 tahun akhirnya membongkarkan cerita tentang dirinya yang menjadi mangsa rogol bapa kandung sejak tiga tahun lalu!

Gambar hiasan

Remaja tersebut yang telah dirogol bapanya itu sejak berusia 12 tahun menceritakan seksaan yang dilaluinya kepada kaunselor di sekolah pada minggu lalu selepas dikatakan tidak tahan menanggung penderitaan itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, mangsa mendakwa telah dirogol bapanya sebanyak tujuh kali dalam tempoh berkenaan.

“Remaja itu mendakwa insiden pertama berlaku di sebuah pondok di dalam kawasan ladang kelapa sawit daerah itu.”

“Insiden selebihnya didakwa berlaku di rumahnya di sebuah kampung di Kabong.”

Sumber: NST

Selepas menerima laporan dari kaunselor sekolah itu, pihak polis dilaporkan telah menahan bapa mangsa berusia 48 tahun di rumah keluarga kira-kira jam 11 pagi semalam.

Polis juga akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek yang juga seorang pekebun, hari ini. Mangsa pula dilaporkan telah dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan kesihatan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram dan jika disabit kesalahan suspek bakal berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Makin hari makin banyak kes sumbang mahram terbongkar. Diharap mangsa-mangsa yang masih menyimpan rahsia tampil membongkarkan kegiatan terkutuk ahli keluarga sendiri. Biar meringkuk dalam penjara semuanya!

Baca: Dua Beradik Dirogol Bapa Kandung, Datuk dan Dua Bapa Saudara Sejak 6 Tahun Lalu

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!