in

Remaja 19 Tahun Lari 10KM Balik Rumah Lepas Pulang Kerja Sebab Nak Masuk Tentera

Ft Pradeep Mehra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di India sekarang, ada satu video viral mengenai kegigihan seorang remaja berusia 19 tahun yang akan berlari dari tempat kerja ke rumahnya sejauh 10 KM pada waktu malam.


Menerusi video tersebut, remaja yang sedang bekerja di sebuah kedai makan fast food terkemuka ini mengatakan tujuan dia membuat perkara sedemikian adalah kerana ingin menyertai angkatan tentera di negara tersebut.

 

Tolak orang offer tumpangkan naik kereta 

Bukan itu sahaja, ketika ditawar oleh perakam untuk tumpangkan dia balik, dia enggan menerimanya kerana itu adalah satu-satunya masa yang dia ada untuk membuat latihan.

Bila disoal kenapa tidak buat latihan waktu pagi, dia menjelaskan bahawa waktu tersebut dia perlu kerja.

Videonya tular dan meraih perhatian ramai pihak atas usaha tekunnya itu.

Dapat tawaran latihan daripada bekas Jeneral Tentera yang dah bersara & dapat hadiah dari PUMA

Menurut laporan MSN, selepas videonya itu viral, Pradeep telah menerima tawaran daripada seorang bekas Jeneral Tentera yang dikenali sebagai Satish Dua.

Bukan itu sahaja, perakam tersebut telah menerima hadiah yang berupakan pakaian sukan lengkap untuk Pradeep daripada PUMA.

Pun begitu, Pradeep bagaimanapun tidak begitu selesa dirinya menjadi perhatian, katanya liputan mengenai dirinya membuatkan dia hilang fokus untuk capai matlamatnya. Disebabkan itu, dia kini enggan menerima sebarang tawaran untuk ditemubual sebab nak beri tumpuan untuk latihannya itu.

Ok nak try lah buat, nanti raya ni senang nak cari baju. Hihihihi!

Baca : “Mengarut!” – Dr Rafidah ‘Tegur’ Tindakan Lelaki Dakwa Lari 10km Boleh ‘Hilangkan’ Covid-19

Page Jogging New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.