in

Remaja 16 Tahun Kahwini Warga Emas 71 Tahun Selepas Ugut Keluarga Untuk Bunuh Diri

Marry

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benar, jodoh itu rahsia Allah tetapi kisah ini sememangnya mengejutkan ramai pihak.



Menurut Coconuts dan sebuah video perkahwinan satu pasangan dari Sumatra, Indonesia yang tersebar luas mendapat perhatian ramai di serata dunia minggu lalu.

Apa yang menyebabkan video itu tular adalah kisah luar biasa pasangan tersebut di mana pengantin lelaki berusia 16 tahun berkahwin dengan pengantin perempuan berusia 71 tahun!

Kahwin1
sumber: facebook

Keluarga pengantin perempuan, Rohaya yang telah berkahwin dua kali sebelum ini dikatakan menentang perkahwinan itu kerana jurang usia 55 tahun di antara mereka berdua. Jauh tu beza!

Juga semestinya keluarga pengantin lelaki, Selamet Riyadi juga turut tidak bersetuju kerana alasan yang sama.

Namun mereka berdua mengugut untuk membunuh diri jika tidak mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak!

Disebabkan itulah keluarga pasangan berkenaan terpaksa merestui dan membenarkan perkahwinan itu dilangsungkan.

Kahwin2
sumber: facebook

Perkahwinan itu akhirnya berlangsung di rumah Kuswoyo, ketua kejiranan tempat mereka tinggal pada 2 Julai lalu. Menurutnya, perkahwinan itu benar-benar terjadi disebabkan ugutan dari pasangan tersebut.

“Kalau tidak dinikahkan, kedua-duanya mengugut akan bunuh diri dengan meminum racun rumput kerana mereka sangat mencintai antara satu sama lain. Jika seorang mati, kedua-dua harus mati.”

Lebih membuatkan orang ramai berkata-kata kerana ternyata perkahwinan itu dibiayai oleh orang lain. Rohaya datang dari keluarga yang susah dan Selamet pula dijaga ibu bapa angkat. Selamet hanya mampu memberikan mas kahwin kepada wanita pujaan hatinya itu sebanyak 200,000 Rupiah (RM64.34).

Kahwin3
sumber: facebook

Meskipun umur lelaki yang dibenarkan berkahwin di Indonesia adalah 19 tahun, namun terdapat kelonggaran yang membenarkan banyak perkahwinan di bawah umur berlaku di negara itu.

Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhirnya!

Tonton video majlis perkahwinan pasangan itu di bawah ini:

Baca: Gadis Ini Dulu Pernah Dipaksa Kahwin Pada Umur 13 Tahun, Kini Jadi Aktivis Henti Perkahwinan Kanak-kanak

Gadis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.