Kit ujian kendiri Covid-19 kebiasaannya akan dibuang selepas digunakan kerana mengandungi air liur dan agak kotor untuk disimpan. Namun, lain pula buat gadis ini yang mempunyai caranya yang tersendiri.
Menerusi satu hantaran di TikTok, gadis ini ada berkongsikan video dia mereka anting-anting dengan menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang telah digunakan.

Difahamkan, keputusan pada kit ujian kendiri tersebut adalah negatif. Dengan menggunakan batu manik pelbagai warna, gadis ini menghiasi kit ujian kendiri dengan rekaan yang agak unik.
Kemudian, untuk meletakkan cangkuk pada anting-anting, gadis ini menggunakan jarum pin yang telah dipanaskan untuk membuat lubang. Turut kelihatan beberapa hiasan lain turut digunakan seperti bentuk hati dan bintang.

@lilkuromiii “F0 à ?”
Gadis ini turut menggayakan anting-anting daripada kit ujian kendiri tersebut di dalam video dan ia kelihatan agak menarik meskipun kedengaran sedikit pelik.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan faktor kebersihan kerana gadis ini menggunakan kit ujian kendiri terpakai, dan bukannya yang baharu.
“Bangga sangat ke sebab negatif sampai buat macam ni?”, tulis seorang pengguna media sosial.
Apa pendapat anda dengan rekaan anting-anting DIY ini?
BACA: Pelepasan Cukai Sehingga RM 1,000 Untuk Kit Ujian Kendiri & Vaksinasi Covid-19

