in

Record Instastory Beberapa Saat Untuk Filem Toy Story 4, Gadis Tak Pasal-pasal Kena Banned 3 Hari Dengan Instagram!

Block Toystory

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya dah ramai tahu pasal peraturan ni – korang tak boleh ambil gambar atau video ketika menonton dalam pawagam. Sungguhpun ramai dah tahu, masih ada jugak yang degil nak buat instatstory lah, Facebook post lah dan upload ia ke media sosial.


Jangan ingat dengan upload video 3 ke 5 saat ni korang boleh selamat eh! Sebab baru-baru ni, seorang gadis telah memuat naik instastory filem Toy Story 4 dan tak pasal-pasal dia kena banned dengan Instagram! Opsss… 

Toy Story 4 Gets A New Trailer With More Footage A Poster And Keanu Reeves Talks About Duke Kaboom Social
sumber: blog

 

Disney akan tahu kalau korang upload video pasal filem mereka

Menurut WORLD OF BUZZ, sungguhpun pengguna dengan nama yying822 ni hanya ada 2,000 followers je, tak menyangka tindakannya dengan memuat naik beberapa saat scene dari Toy Story 4 ni telah mendapat tindakan berat daripada pihak Instagram. 

Keesokan hari lepas tonton movie tersebut, Ying mendapat tahu bahawa dia telah dihalang daripada membuka akaun Instagramnya.

Dia juga telah menerima email bahawa akaunnya telah di’banned’ selama 3 hari kerana memuat naik posting berhak cipta di Instagram peribadi. Opsie!

65433107 10157376904879866 6184631410205130752 N
sumber: wob

 

“Saya rasa macam nak hentak kepala ke dinding…” 

Ying kemudian kongsikan masalahnya ini ke Facebook sebagai memberi peringatan kepada rakan dan keluarganya supaya jangan ulangi kesilapan sama yang telah dia lakukan.

Dalam posting yang telah dipadam, dia menulis:

“Instagram saya kini telah diblocked. Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada korang semua supaya jangan ikut apa yang saya telah buat, iaitu dengan excited-nya telah merakam instastory ketika menonton dalam pawagam. 

“Kalau tak, korang akan diblocked. Saya memang terkejut sebab saya hanya rakam beberapa saat je dari filem Toy Story tapi saya dapat emel pagi ini dengan mengatakan saya telah melanggar copyright Disney. 

“Saya rasa macam nak hentak kepala ke dinding…” 

60180823 10157265990074866 5755971211385372672 N E1561946960908
sumber: wob

Haih bertabahlah ye tak dapat on Instagram selama 3 hari. Bagi korang yang suka sangat ber-instastory dalam wayang, ambillah kejadian ini sebagai pengajaran. Pishang weh 3 hari tak dapat tengok Instagram! 

Baca: “Anjing! Bodoh! – Ara Teruk Dikutuk Lepas Berani Rakam Filem Avengers di InstaStory

Ave

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.