in

“Real snake on a plane” – Pesawat KL-Tawau Terpaksa Emergency Landing Gara-gara Seekor Ular?

Ular Dalam Pesawat Kl Tawau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang pernah menonton filem Hollywood bertajuk ‘Snakes On A Plane’, ia menjadi suatu nightmare kepada mereka yang menaiki pesawat jika kejadian tersebut benar-benar berlaku.


Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di TikTok @edal8808 semalam, seekor ular dilihat berada di dalam pesawat yang dinaiki perakam video berkenaan.

Perkara ini menyebabkan flight dari KL-Tawau itu terpaksa ’emergency landing’ di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.

@edal8808

Kelihatan seekor ular dalam pesawat dlm penerbangan dari KL ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di AirPort Kuching #fyp

♬ Suspense Music – Sound Collective

Walaupun kecil, tetapi serammm ye! 

 

“Heran kenapa ada bomba depan pintu kapal” 

Video tersebut kemudian telah mendapat pelbagai komen balas daripada netizen yang mana rata-rata menyamakan situasi itu dengan filem Hollywood berkenaan.

Pun begitu, ada juga netizen yang merupakan penumpang flight berkenaan meluahkan rasa risau kerana pada awalnya menyangka pesawat itu mendarat secara cemas gara-gara hujan. Tapi tidak pula mereka menyangka ada ular di dalam pesawat itu. Phew! 

Ular Jumpa Dalam Pesawat Kl Tawau

Semoga ular itu dapatlah dikeluarkan dengan selamatnya dari pesawat. Serammm la nak naik flight macam ni. 

Baca: “Rapid Test” – Dedah Positif COVID-19 Masa Dalam ‘Flight’, Wanita Rela ‘Kurung Diri’ 4 Jam Dalam Tandas

Rapid Tst

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.