in

‘Rapid Test’ Dedah Positif COVID-19 Masa Dalam ‘Flight’, Wanita Rela ‘Kurung Diri’ 4 Jam Dalam Tandas

1Pesawat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita dari Chicago terpaksa menghabiskan baki penerbangannya didalam tandas pesawat selepas beliau didapati positif Covid-19 ketika berada di udara.


Memetik laporan NY Post, Marisa Fotieo yang dalam perjalanan ke Iceland terpaksa menghabiskan 4 jam untuk kuarantin dalam pesawat itu. Ini semua berlaku selepas beliau merasakan ketidakselesaan pada tekak dan melakukan ujian kendiri di tandas pesawat.

Berbekalkan kit ujian kendiri itu, Fotieo bergegas ke tandas pesawat dan dalam tempoh beberapa minit beliau mendapati dirinya positif Covid-19. Fotieo kemudiannya memberitahu petugas pesawat mengenai keadaan dirinya. Korang boleh tengok video Tiktok dari @marisaefotieo kat bawah ni

Walaubagaimanapun, petugas pesawat berkata mereka tidak mempunyai tempat duduk kosong untuk membolehkan Fotieo kuarantin dan berisolasi sepanjang perjalanan. Oleh sebab itu, Fotieo dengan rela hati menawarkan dirinya untuk kekal di tandas kerana bimbang akan kesihatan penumpang lain.

Walaupun disahkan positif, abang dan bapanya tidak terjangkit oleh Covid-19 walaupun berada didalam penerbangan yang sama. Untuk Fotieo, beliau terpaksa menghabiskan tahun 2021-nya untuk kuarantin selama 10 hari di Reyajik, Iceland.

 

Baca: Pertama Kali Naik Pesawat,  Video Ketua Kampung Nyaris Terbuka Pintu Kecemasan Tular

Screenshot 2022 01 01 At 8.50.00 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.