in

“Real? Baru tahu!!” – Netizen ‘Impressed’ Gunung Daik Bercabang Tiga Memang Wujud

Ft Gunung Daik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua pasti sangat familiar dengan pantun “Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.”


Mungkin ada di antara kita yang menganggap bahawa dua baris teratas itu hanyalah kiasan dalam pantun, namun sebenarnya Gunung Daik itu memang wujud.

Artikel berkaitan : Seriau! Ular Sawa Besar Tiba-tiba Melingkar Keluar Dari Bonet Kereta Buat Ramai Geli Geleman

Artikel berkaitan : “Asyik Genting dengan Cameron je” –  Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pemuda dari Indonesia yang berasal dari Kepulauan Riau, Rahul Priambudi. Perkara itu diketahui selepas ada orang yang memintanya untuk menunjukkan situasi di Gunung Daik.

Dia yang pada waktu itu berada di pejabatnya keluar dan menunjukkan Gunung Daik yang mempunyai 3 cabang itu.

“Itu dia Gunung Daik bercabang tiga yang tuan-tuan, pantun Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.”

Rahul turut menjelaskan setiap perincian pada cabang gunung tersebut yang mempunyai namanya tersendiri.

“Ini ada namanya juga ni, tiap-tiap puncak ni, kalau yang paling besar ni namanya Puncak Daik, kalau yang tengah namanya Puncak Jantan, yang paling kecil tu namanya Cindai Menangis.”

“Ini suasana Gunung Daiknya dan ini suasana kantor (pejabat) di Daik ni, dari sini jelas nampaknya kita tengok ni. Itulah ia yang Gunung Daik, yang pantunnya dah sampai ke mana-mana dan lagunya banyak juga.”

Jelasnya, kedudukan Gunung Daik ini bertempat di Lingga, Daik, Kepulauan Lingga, Indonesia dan baris pantun yang menjadi rujukan orang ramai memang berasal dari gunung tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rahul Priambudi (@rahulpriambudii)

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang kagum melihatnya dan terpesona dengan keindahan suasana di kawasan gunung itu. Bahkan, ada yang sangat kagum mendengar loghat Melayu daripada Rahul ini.

Gunung Daik Gunung Daik 2

Oh begitu rupanya, tengok suasana di situ macam cantik je.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.