Semalam kecoh di Twitter apabila kebanyakan pengguna platform media sosial tersebut tidak dapat ‘refresh’ timeline mereka dan bila nak baca Tweet, tiba-tiba jadi ‘Rate Limit Exceeded’.
Pada mulanya, ramai pengguna yang menyangka bahawa Twitter down, namun rupa-rupanya pihak Twitter telah menghadkan jumlah posts atau Tweets yang boleh dibaca oleh setiap pengguna media sosial itu dalam masa sehari.
Menurut CNN Business, pemilik Twitter iaitu Elon Musk telah mengumumkan bahawa beliau telah menghadkan jumlah posts yang boleh dibaca dalam masa sehari di mana untuk pengguna yang telah disahkan (verified users) boleh membaca sebanyak enam ribu Tweets sehari.
Manakala untuk pengguna yang tidak disahkan atau unverified users (yang tidak mempunyai blue tick) hanya boleh membaca sebanyak 600 posts sehari.
Rate limits increasing soon to 8000 for verified, 800 for unverified & 400 for new unverified https://t.co/fuRcJLifTn
— Elon Musk (@elonmusk) July 1, 2023
Ada yang berpendapat mungkin Elon Musk sengaja mengehadkan jumlah Tweets yang boleh dibaca oleh setiap pengguna Twitter kerana kebanyakan daripada pengguna ketagih dengan media sosial.
Basically twitter korang jadi "rate limit exceeded" ni sebab elon musk kata:
1. Content yang korang boleh scroll per day adalah 600 posts per day utk account yang tak verified accounts.
2. Verified account boleh scroll timeline sampai 6000 posts (lol sikit rasa sikit)
3. New… pic.twitter.com/EVUKBipfoh
— brgsjks (@brgsjks) July 1, 2023
Hmmm, macam tu pulak dah…
Sumber: NST, CNN Business
Baca: Cara Remaja 17 Tahun Mohon Kerja Melalui WhatsApp Ini Undang Perdebatan Netizen