Percaya atau tidak, individu yang berkelakuan pelik-pelik ni memang wujud. Orang-orang macam ni memang ada di mana-mana saja.
Baca saja kisah yang admin dah kongsikan sebelum ni, misalnya pembunuhan misteri atau pembunuhan kejam yang dilakukan oleh psychopath ni.
Jangan kata diluar negara, dalam Malaysia pun ada tau! Ada kisah seorang remaja 16 tahun yang dikenali sebagai Rashid ni ketagih minum bekas air mandi mayat.
Mandi dan minum dari air yang mengalir ke bawah rumah
Menurut perkongsian daripada Majalah Mastika ni, kisah ini terjadi pada tahun 1963 dahulu, dulu-dulu kan rumah papan bertingkat, kalau nak mandikan mayat pasti air akan mengalir di celah-celah papan pada lantai tu.
Dari situ dia akan duduk dibawah dan minum sambil mandi air mayat tu.
“Kisah benar ini pernah keluar di Mastika sekitar tahun 2003 dan kisah ini di ceritakan oleh Tok Jais, (Rakan Rashid) ia berlaku pada tahun 1969. Seorang remaja yang ketagih mandi air bekas jenazah. Dahulu jenazah dimandikan di rumah papan
Orang lain mula sedar apabila dia sering berkelakuan aneh pada waktu malam. Perbuatan menjijikkan itu dilakukan ada sebabnya tersendiri, dikatakan dia bukannya ketagih dengan air mayat tu pun.
Orang pertama sampai setiap kali ada kematian. Bukan ketagih air mayat tapi…
“Perkara ini diketahui bila perilaku Rashid yang aneh dan tubuhnya sering menggeletar dan menggigil yang kuat pada setiap malam. Info mengatakan Rashid bukan ketagih akan air tersebut, tapi ketagih dengan jilatan iblis dan syaitan.
Setiap berlaku nya kematian, Rashid lah orang paling awal yang hadir. Selama setahun Rashid ketagih akan perkara ini, hingga memakan diri sendiri. Keluarga Rashid juga tidak tahan, kerana setiap malam rumah mereka diganggu bunyi yang aneh dan seperti ada yang menumpang.”
Perbuatan terkutuk ini dilakukan selama setahun, dia semakin ketagih dan disebabkan itu, ia memakan dirinya sendiri. Rashid jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia akibat keracunan daripada kekotoran air tersebut
Kampung dihantui roh remaja berdiri dibawah kolong rumah papan
Dan tidak lama kemudian, remaja tersebut jatuh sakit dan meningal dunia akibat dari kekotoran air tersebut. Selepas kematian Rashid, kampung tersebut sentiasa dihantui roh remaja yang berdiri dibawah kolong rumah papan. Dia menunggu untuk mereka mandikan jenazah.
Admin baca ni tak rasa seram tapi jadi kembang tekak,