VAMPIRE GRAVEYARDS : Kisah Penemuan Kubur Pontianak Abad Ke-10 Hingga Ke-12 Yang Ramai Tak Tahu Dan Kekal Misteri Ke Hari Ini.

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Aduh..admin nak tulis pun seram apatah lagi korang yang membacanya kan? But admin tak kira nak kongsi jugak.

Pontianak! Dengar namanya pun dah gerun kan, apatah lagi mereka yang dah pernah ‘bertentang mata’ , dalam masyarakat Melayu rasanya korang dah tau dan faham yang pontianak ni dikatakan berasal daripada perempuan mati sewaktu mengandungkan anaknya…wallahualam

Tapi bagi masyarakat di luar negara dorang pun ada version ‘pontianak’ mereka sendiri ada yang panggil vampire ada yang panggil dracula.

Tapi ‘modus operandi’ keduanya adalah berbeza sebab dracula/vampire ni lebih kepada menghisap darah, itu ikut kepercayaan dorang lah.

Tapi zaman moden ni rata-rata tak pun percaya kewujudan ‘makhluk’ ni.

Namun penemuan yang admin nak kongsikan ni mungkin akan mengejutkan korang.

Kubur Pontianak abad ke-10 hingga  ke-12 di Prague

Korang jangan terkejut sebab ini memang real dan bukannya rekaan, ahli arkeologi waktu tu cakap yang ini ialah kubur pontianak selepas mereka jumpa rangka kat kawasan perkuburan tu, siap ada yang dipenggal kepalanya lagi.

Lokasi penemuan pun scary teruk guys, kalau admin memang tak lah nak pegi sana.

Rangka mayat yang ditemui dalam keadaan ‘sesuatu yang tak dijangka’

Korang bayangkan, rangka mayat yang ahli arkeologi ni jumpa bermacam-macam bentuk weh.

Kepala dipenggal, tangan dipotong, batu dalam mulut dan macam-macam lagi lah.

Tapi ada juga yang mempersoalkan, betul ke yang team arkeologi ni jumpa merupakan pontianak? Atau sebaliknya.

Tapi guys, dorang pun tak boleh nak sahkan yang dorang jumpa tu kubur pontianak dan rangka tu ialah rangka pontianak, sebab macam mana dorang nak buktikan?

Cuma apa yang dorang terkejut sangat bila jumpa rangka yang dipasung dengan kayu tajam dan besar di dada.

So, korang rasa apa?

Sebagai manusia yang berfikiran logik dan rasional, kita kena tau selain kita ada jugak makhluk lain yang ada di muka bumi ni kan.

Baca : Ted Bundy, Syaitan Bertopengkan Manusia : Guna Wajah Kacak Umpan Mangsa Sebelum Bunuh Dan Rogol Mayat Reput

 

 

 

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.