in

“Rasa susah nak bernafas, nak berjalan pun susah” – Bekas Pesakit Menceritakan Detik-Detik Saat Diserang Coronavirus

Julie Corona

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun angka kematian berikutan penyakit Coronavirus semakin meningkat, masih ada juga yang sudah sembuh, bahkan jumlahnya lebih tinggi daripada kematian.


50 ribu daripada 93 ribu kes dinyatakan telah sembuh daripada wabak ini. Mesti korang tertanya-tanya macam mana rasanya bila menghidap COVID -19 ni kan?

Julie, warga Singapura yang kini sudah sembuh sepenuhnya daripada Coronavirus ceritakan apa yang dia rasa sebelum kena kuarantin selama 9 hari.

 

Rasa sesak nafas sampai nak berjalan 5 meter pun mengah

Pasien Sembuh Virus Corona Julie

Menurut Tribunnews, Julie dikatakan terkena wabak coronavirus itu pada 3 Februari 2020, dia mula rasa demam panas tapi pada masa tu Julie hanya anggap hanya sekadar demam biasa.

“Masa tu saya mula rasa demam, Suhu di tubuh badan saya dalam lingkungan 38.2 hingga 38.5 darjah selsius”

Tapi dia masa tu langsung tak fikir apa-apa, hanya cuma telan Panadol sahaja. Lepas tu demam dia terus baik.

“Keadaan saya tak makin sembuh, saya rasa agak letih, jadi saya hanya berehat dan tidur seharian”

Lepas bangun tidur, Julie rasa badan dia dah sembuh sepenuhnya. Batuk-batuk semua hilang. Tapi rasa itu menyerang dirinya 4 hari kemudian pada 7 Februari 2020.

Dalam jam 3 petang, dia mula rasa demam balik, lepas bangun tidur dia rasakan kepala dia sakit sangat. Dia kata, katil dia macam bepusing-pusing.

Pelik dengan rasa sakit itu, Julie terus ke hospital untuk buat pemeriksaan, dari situlah dia disahkan terkena COVID-19.

Julir serta merta dimasukkan kedalam bilik kuarantin untuk mendapatkan rawatan insentif, ketika menjalani rawatan dia rasa hanya selsema biasa. Tapi berikutnya rasa makin teruk.

Julie mula rasa sesak nafas sampai ke tahap meyeksanya sehingga sukar untuk menjalani aktiviti harian, nak berdiri tak larat apatah lagi berjalan.

Nak jalan dari katil ke bilik air sendiri pun dia dah mengah.

“Saya nak berjalan pun susah, sebab nafas sesak sangat, nak berdiri lama pun tak boleh. Itu lah yang pernah terjadi kepada saya”

Pasien Sembuh Virus Corona Julie 3

Namun begitu, dia berjaya melawan sakit itu, selepas 9 hari dia disahkan sembuh.  Memandangkan dirinya pernah alami virus ini, dia rasakan coronavirus ini sebenarnya hanya flu biasa yang sedang menyerang dunia, itulah penyebab orang-orang jadi bimbang.

Baginya orang jadi terlebih cemas disebabkan kurangnya penjelasan yang telus tentang bagaimana virus ini boleh terjadi di dalam tubuh.

Bila dah baca ceritanya ini, bukan lah bermakna kita kena sambil lewa, macam admin beritahu sebelum ini, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat.

 

Baca : “Kalau saja-saja nak pergi baik tak payah”- Situasi Sebenar Kes Coronavirus Di Jepun, Ikut Cerita Rakyat Malaysia Di Sana

Covidjapan

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.