in

“Rasa susah jadi orang Sabah di Semenanjung” – [VIDEO] Wanita Menangis Tiket Flight Terlampau Mahal

Menangis Tiket Sabah Mahal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu harga tambang tiket penerbangan sering diperdebatkan setiap kali tiba musim perayaan. Ramai yang mengatakan jika mahukan tiket penerbangan yang murah, belilah sebulan atau dua bulan lebih awal, tetapi ia bukan sesuatu yang mudah bagi segelintir individu.


Walaupun kita sudah membuat pelbagai perancangan, namun ada kalanya ia tidak seperti apa yang kita harapkan.

Tular sebuah video seorang wanita Sabah yang meluahkan rasa sedih apabila dia tidak dapat terbang pulang ke negerinya kerana terlepas penerbangan ketika dalam penerbangan transit.

Penerbangan transit alami kelewatan

Menerusi klip video berdurasi satu minit 53 saat, @abbywhooo memaklumkan bahawa dia perlu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum perlu menaiki pesawat lain.

@abbywhooo

Penat sdh begini…….

♬ original sound – Good girl – ΛBBY

Ujarnya, dia terpaksa menggunakan penerbangan transit ke Kota Kinabalu melalui Kuala Lumpur kali ini berikutan penerbangan biasa sebelum ini habis dijual.

Namun, penerbangan transitnya telah ditangguhkan dan ketika itu dia sudah menduga akan terlepas transit ke Sabah.

“Kamu tahukah? Saya sepanjang masa di dalam flight menangis. Sebab saya tengok saja jam. Lepas saya sampai di KL, saya perlu transit, KLIA 1 ke KLIA 2. Saya tahu sudah saya memang tidak sempat.

“Masa touchdown KL pun saya tengok masa sudah lebih saya punya flight,”  katanya.

Abby memaklumkan dia dan kakaknya akan pulang ke Sabah pada hari yang sama tetapi melalui penerbangan berbeza. Dia mencuba nasib dengan bertanya kepada kakaknya jika ada kekosongan, namun jawapannya menghampakan dan Abby terpaksa membeli tiket penerbangan baharu.

Tiket terlampau mahal

Malangnya, penerbangan paling murah ketika itu berharga RM641 (tiket sehala sahaja), dengan penerbangan selebihnya mencecah RM1,000 ke atas. Abby meluahkan yang dia sudah membelanjakan lebih RM800 untuk penerbangan asal dan rasa bersalah dengan keluarganya.

Meluahkan masalah yang dihadapi, ibunya membenarkan pembelian tiket mahal itu, tetapi situasi itu telah meruntunkan jiwanya.

“Tiada masalah, teruskan sahaja. Jangan stress-stress. Duit bila-bila boleh cari, yang penting kamu selamat sampai,”  tulis pesanan ibunya.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai, rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya. Ramai turut meluahkan realiti yang perlu dihadapi warga Sabah dan Sarawak jika mahu pulang ke kampung halaman ketika musim perayaan.

Sampai bila ya isu ini boleh selesai?

Baca: Syarikat Yang Tidak Patuh Jadual Penerbangan Akan Didenda Tidak Lama Lagi – Anthony Loke
3Loke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.