in

“Rasa macam tertidur 1 jam” – Remaja Hilang 30 Jam Lepas Buang Air Kecil Dalam Semak, Ini Sebenarnya Yang Berlaku…

Pelajar Hilang Gua Musang Dijumpai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun telah dilaporkan hilang tanpa jejak selepas dikatakan mahu membuang air kecil di semak berhampiran rumahnya dekat Kampung Pasir Linggi, Gua Musang pada malam Isnin lepas.


Menurut Utusan Online, Muhammad Iznun Al Azim, pelajar SMK Laloh, Kuala Krai ini pada mulanya melepak bersama dua rakan di hadapan rumah pada jam 9 malam.

Pelajar Hilang 2 Re

Namun kira-kira sejam selepas itu, remaja yang lebih mesra dipanggil Azim ini memberitahu rakan-rakannya yang dia mahu membuang air kecil di sebalik semak namun agak mengejutkan kerana selepas itu dia ‘hilang’ sehingga awal pagi.

 

Polis buat operasi mencari, pelik hilang tanpa jejak 

Menerusi perkongsian bapa saudaranya, Azizul Rahman di Facebook, pasukan SAR dan polis K9 telah memulakan pencarian remaja berkenaan di sekitar kawasan itu seawal 8.30 pagi keesokan harinya.

Lokasi terakhir kwan dia nmpk azim ..bulatan di atas..masa dia bgtau nk pegi kencing..tp dlm sejam kawan2 menunggu x…

Posted by Azizul Rahman on Tuesday, January 11, 2022

 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, abang mangsa cuba mengesan adiknya melalui isyarat telefon milik mangsa namun apabila tiba di lokasi iaitu di sebatang pokok besar berhampiran anak sungai, isyarat tiba-tiba hilang.

 

Lepas 30 jam hilang, ‘Kak Yah’ akhirnya temui Azim 

Lepas hampir 30 jam menghilangkan diri, remaja terbabit akhirnya berjaya ditemui oleh seorang wanita dikenali sebagai Kak Yah yang berusia 50-an pada jarak 1 km dari rumahnya pada jam 5.30 petang hari Rabu.

Ketika ditemui, Azim dilihat berada dalam keadaan lemah serta kotor dan sedang berjalan kaki sambil menjinjing seliparnya di tepi jalan.

“Kata Kak Yah, semasa dalam perjalanan ke sini dia bersama rombongan lain melalui jalan tersebut dan melihat seorang remaja lelaki sedang berjalan dalam keadaan lemah serta kotor sambil memegang selipar.

“Kak Yah memberhentikan keretanya dan membawa Muhammad Iznun Al-Azim untuk diserahkan kepada saya,” cerita ibu Azim, Khairul Nisa Hamzah.

Syukur Alhamdulillah…slps 2 mlm..hilang ptg ni lebih kurang jam 6 ptg (12.1.2022) di temui…tgh jalan 2 km dr…

Posted by Azizul Rahman on Wednesday, January 12, 2022

 

“Dia cuma rasa hanya tertidur 1 jam sahaja” 

Bapa saudaranya, Azizul Rahman juga berkongsi video remaja berkenaan yang kelihatan masih dalam keadaan trauma dan mengakui tidak sedar apa yang berlaku.

Menurut Azim, dia menyangka dia hanya tidur di kawasan berkenaan selama 1 jam sahaja dan apabila dia sedar dia berada di tempat di mana dia dijumpai.

Kes remaja hilang pasir linggi..( ank sedara)..bila tanya dia sedar atau tidak..dia kata mlm tu dia jalan cuma nmpk…

Posted by Azizul Rahman on Wednesday, January 12, 2022

 

Apa-apapun mujurlah remaja berkenaan dalam keadaan selamat dan kini berada di dalam jagaan keluarganya.

Misteri kehilangannya walau bagaimanapun masih menjadi tanda tanya orang ramai kerana tidak mengetahui apa yang terjadi sepanjang remaja ini hilang dalam tempoh 30 jam di kawasan itu.

Fuh nasib baik jumpa. Risau min kalau hilang macam kes-kes sebelum ni. 

Baca: Misteri Kehilangan 2 Remaja Sejak Tahun 2000 Terjawab Lepas YouTuber Temui Kereta Di Dalam Sungai

Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.