in

Misteri Kehilangan 2 Remaja Sejak Tahun 2000 Terjawab Lepas YouTuber Temui Kereta Di Dalam Sungai

F2 Mist Sungai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, misteri kehilangan dua orang remaja sejak 21 tahun lalu di Tennessee, Amerika Syarikat akhirnya terjawab setelah kereta yang dipandu oleh mereka akhirnya ditemui di dalam sungai oleh seorang YouTuber.


Menurut Mirror UK, YouTuber yang dikenali sebagai Jeremy Sides itu sememangnya sering menyelam scuba ke dasar sungai atau tasik untuk menyelesaikan misteri kehilangan orang.

Mist Sungai 2

Difahamkan, kedua-dua remaja yang hilang pada April 2000 itu ialah Erin Foster dan Jeremy Bechtel yang masing-masing berusia 18 dan 17 tahun ketika itu.

Sebelum ini, Jeremy telah memuat naik video penemuan kereta yang dipandu mangsa sebelum disahkan penemuannya oleh pihak polis tempatan di sana.

Dia juga pada mulanya telah ke bandar di mana kedua-dua remaja itu dilihat buat terakhir kali sebelum hilang dan dia kemudiannya ternampak ada sungai besar di kawasan itu. Gerak hatinya pula seakan memujuk dirinya untuk menyelam di sungai terbabit.

Mist Sungai 5

Setelah kenderaan itu ditemui olehnya di dasar sungai, dia menghubungi polis dan selepas disiasat, kereta terbabit memang sama dengan kenderaan yang dipandu oleh remaja hilang beberapa tahun dahulu.

Ketika ditemui, kesemua tingkap kereta berada dalam keadaan tebuka. Mereka mempunyai teori di mana remaja yang memandu hilang kawalan dan kemudian terbabas ke dalam sungai sebab pada tahun 2000, penghadang jalan di kawasan sungai masih belum dibuat.

Mist Sungai 4

Namun, sehingga kini, mayat yang ditemui dalam kereta masih belum dikenal pasti. Untuk pengetahuan semua juga, John Meadows iaitu ketua penyiasatan kes ini pernah menjadi rakan sekelas mangsa.

YouTuber tersebut juga berkata walaupun dia bersyukur kerana membantu keluarga mangsa untuk menyelesaikan misteri itu namun dalam masa yang sama, turut bersedih kerana itu bermakna kedua-dua mangsa tiada lagi di dunia ini.

Sumber: Mirror UK

Baca: Misteri Kenderaan Terbiar Di Jambatan Pulau Pinang, Ramai Terkejut Bila Tahu Kisah Sebenar 

Mist Sungai 1

Sumber: WVTF/Mirror
Sumber: WVTF/Mirror
Sumber: WVTF/Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.