Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila beberapa keping tangkap layar mesej peribadi mula tersebar dan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.
Mesej yang didakwa melibatkan pempengaruh terkenal, Aisar Khaled, bersama seorang wanita yang didakwa warga asing itu menyentuh isu sensitif berkaitan kehamilan luar nikah serta desakan untuk menggugurkannya.
Artikel berkaitan : Aisar Khaled Berdepan Laporan Polis Indonesia Atas Dakwaan Penipuan RM1.3 Juta?
Artikel berkaitan : Sebulan Bergelap Akibat Banjir, Aisar Khaled Bantu Salur Bekalan Elektrik Buat Penduduk Aceh Tamiang
Gambar ujian kehamilan & respon panik

Isu ini mula meletup selepas pemilik akaun Instagram memuat naik gambar dua kit ujian kehamilan yang jelas memaparkan keputusan dua garis merah.
Hantaran tersebut turut memperlihatkan mesej wanita berkenaan yang menulis “I’m dead”, sebelum dibalas dengan reaksi cemas dan panik oleh individu di sebelah sana.
Individu terbabit segera merayu supaya wanita itu pergi ke klinik bagi ‘membersihkan’ kandungan tersebut secepat mungkin.
Bimbang dengan keadaan tersebut, wanita terbabit kemudian bertanyakan mengenai kos perbelanjaan hospital yang bakal ditanggung kelak.
Tanpa berlengah, pihak lelaki terus berjanji untuk melunaskan segala bil rawatan perubatan asalkan wanita itu segera mendapatkan rawatan pada keesokan harinya.

Dia juga sempat berpesan agar tidak terlambat bertindak memandangkan usia kandungan tersebut masih di peringkat awal.
“Don’t be late. It’s still new.”
Ketegangan di antara mereka dilihat semakin meruncing menerusi satu lagi tangkap layar WhatsApp yang memaparkan nama kenalan “Aisar”.
Wanita berkenaan menyatakan bahawa dia belum menguruskan perkara itu dan tidak akan menyelesaikannya dalam masa terdekat.

“I’ll handle it later but not anytime soon.”
Jawapan itu membuatkan lelaki terbabit bertambah risau dan mendesak dengan bertanya sama ada dia mahu mengekalkan kandungan tersebut sambil merayu agar tidak meneruskannya.
“Are you gonna keep it? Please don’t.”
Pendedahan ini nyata mengundang pelbagai spekulasi dan kecaman netizen. Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Aisar Khaled sendiri bagi menjelaskan kesahihan tangkap layar yang tular itu.
Sumber: Threads
