in

Rapid KL Umum LRT, MRT, Monorel Akan Beroperasi Jam 4.30 Pagi Sempena Hari Kemerdekaan

Vbnm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya, pengangkutan awam di Lembah Klang seperti Transit Aliran Ringan (LRT) akan beroperasi pada seawal jam 6 pagi untuk memberikan peluang kepada pengguna sampai ke tempat kerja mahupun memudahkan urusan untuk kehidupan seharian.


Namun, berbeza pula kali ini apabila sebuah syarikat pengelola pengangkutan awam, Rapid KL mengumumkan berita yang boleh dikatakan gembira buat pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan tersebut.

LRT, MRT, Monorel akan beroperasi bermula jam 4.30 pagi sempena hari kemerdekaan!

Baru-baru ini, Rapid KL telah mengumumkan bahawa perkhidmatan seperti LRT, MRT, dan Monorel akan beroperasi bermula jam 4.30 pagi sempena hari kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini.

Pengumuman itu telah dikongsi di laman Facebook rasmi Rapid KL dengan memaparkan frekuensi tren bermula 4.30 pagi sehingga 11.30 malam.

Waktu operasi tersebut melibatkan semua jenis laluan di Lembah Klang di bawah kelola Rapid KL seperti LRT Ampang, LRT Seri Petaling, LRT Kelana Jaya, Monorel KL, MRT Kajang dan MRT Putrajaya.

Waktu operasi tren sempena Hari Kebangsaan akan bermula pada 4:30 pagi.Ayuh #KeluargaMalaysia, jom gunakan…

Posted by Rapid KL on Tuesday, August 23, 2022

“Ayuh #KeluargaMalaysia, jom gunakan pengangkutan awam pada 31 Ogos untuk pergi ke Dataran Merdeka (atau ke mana-mana sahaja).”

Jalan di KL banyak tutup, galak pengguna sambut merdeka naik pengangkutan awam

Perkara ini dilakukan berikutan banyak penutupan jalan akan berlaku untuk memberi laluan kepada sambutan Hari Kebangsaan yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka hujung bulan ini.

Menurut Harian Metro, sebanyak 18 penutupan jalan akan dilakukan sekitar pusat ibu kota bagi memberi laluan perarakan sempena perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka, di sini, bermula Jumaat ini hingga 31 Ogos kelak.

“Ia termasuklah seperti  Jalan Raja; Jalan Travers; Jalan Damansara; Jalan Damansara (arah ke Bangsar); Bulatan Hishammuddin; Jalan Kinabalu (arah Selayang) dan Jalan Kinabalu (arah Cheras) di sini. Ia bagi memberi laluan kepada rantai penuh.”

Apa lagi jom kita sambut hari kemerdekaan naik public transport!

Baca: “Nasib baik tak kena orang” – Batu Konkrit LRT 3 Tiba-tiba Jatuh Atas Pasar Borong

Vkc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.