in

“Rapat dengan produser” – [VIDEO] Azrul Zaidi Buka Mulut Tentang Proses Pemilihan Maharaja Lawak Mega

Azrul Dedah Sisi Mlm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa peminat setia rancangan program realiti televisyen Maharaja Lawak Mega ni? Korang mesti dah familiar dengan kumpulan Sepahtu, Bocey, Shiro dan banyak lagilah. Mesti ramai yang akan tunggu rancangan ni pada setiap malam Jumaat. Betul tak?


Namun, sejak kebelakangan ini, nampak seperti kebanyakan pelawak yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada orang yang sama. Oleh sebab itu, kadang-kadang kandungan lawak yang dipersembahkan sudah boleh dijangka dan masih juga timbul isu kekeringan idea.

Azrul buka mulut tentang MLM, enggan terlibat lagi dalam rancangan tersebut

Bercerita mengenai isu berkenaan, Azrul Zaidi yang merupakan bekas Naib Johan Raja Lawak Musim Kedua tampil mendedahkan hal sebenar di TikTok miliknya @azrul_rajalawak tentang rancangan ini.

@azrul_rajalawak

Reply to @saifulamirrulmd25 byk lg citer2 dlm MLM yg ramai xtau hehe #fyp #berandatiktok #tiktokmalaysia #foryou

♬ Suspense Music – Harry T

Pada awalnya, dia mula menerima soalan daripada seorang peminat berkaitan bertanyakan tentang hasrat kemunculan semula ke pentas Maharaja Lawak Mega. Jelas Azrul yang pernah menjadi peserta di MLM dahulu, jelasnya ada beberapa konflik berunsurkan diskriminasi berlaku membuatkan dia dan rakan pelawak lain enggan terlibat dalam rancangan tersebut.

Rapat dengan produser terus ‘green light’, peserta lain tiada peluang

@azrul_rajalawak

Reply to @redzo_01 ada byk lg bro hehe.. #foryou #tiktokmalaysia #berandatiktok #fyp

♬ original sound – azrul_rajalawak – azrul_rajalawak

Menurutnya lagi, pelawak yang tidak pernah membantah dan mengikut arahan serta rapat dengan produser akan terus dipanggil menerima job. Sementara itu, lambakan bekas peserta Raja Lawak yang mahu mencuba nasib dalam MLM tidak diberikan peluang.

Dari segi proses tapisan content pula, idea sesetengah pelawak akan ditolak mentah-mentah atas faktor kurang menarik. Namun peliknya, ada pula kumpulan lain yang membentangkan content sama dan diberikan pelepasan mudah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terkejut bahkan ada juga yang anggap isu pilih kasih memang wujud dalam mana-mana pekerjaan. Mereka juga setuju yang persembahan MLM tiap tahun agak membosankan kerana tiada wajah baharu.

Azrul Dedah Program Mlm

MLM akan datang ni rasa-rasanya orang yang sama ke atau akan ada wajah baharu? Kita nantikan…

Baca: “Keluarga Tuduh Ipar Ajar Anak Kecil Cakap Biadap, Rupa-rupanya Anak Belajar Dari Maharaja Lawak”

Mlm

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.