in

Ramai Yang Tak Tahu Tradisi Unik Hari Raya Dari 9 Negara Ni, Jom Kita Lihat…

Featured Image 11 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu hari dimana orang Islam meraikan kemenangan mereka dalam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan. 


Ziarah-menziarahi sanak saudara merupakan tradisi yang wajib dilakukan. Bukan sekadar saudara dekat, malah saudara jauh juga akan kita lawat. Betul tak?

Tradisi ini sebenarnya semua negara buat, namun ada beberapa tradisi unik yang membezakan cara sambutan Hari Raya Aidil Fitri kita dengan mereka..

Mungkin di Malaysia kita sudah tahu tradisi kita, tapi macam mana tradisi negara lain?

Jom kita lihat tradisi mereka…

Timur Tengah

Arab Saudi
Orang di Arab Saudi, mereka akan mengadakan pertunjukan seni persembahan seperti teater, pembacaan puisi, perarakan muzik, tarian, dan lain-lain.

Seperti di Malaysia makanan yang jadi keutamaan pada hari raya adalah rendang, ketupat, lemang, dodol dan macam-macam lagi. Tapi menerusi holidayme, makanan tradisi mereka adalah daging kambing yang dimasak pelbagai jenis.

Makanan

Lelaki di Arab Saudi akan membeli sejumlah besar beras dan makanan ruji yang lain untuk diletakkan di hadapan pintu mereka yang kurang bernasib baik tanpa menyatakan nama mereka kepada mereka yang menerimanya.

Turki
‘Bayram, adalah sebutan untuk Hari Raya di Turki. Menjelang raya mereka akan memakai pakaian khas yang dinamakan Bayramlik.

Cloth

Menerusi Tukish Delight Bazaar,  bila rakyat mereka bertembung antara satu sama lain, mereka akan ucapkan salam yang berbunyi ‘Bayraminiz Kutlu Olsun’, ‘Mutlu Bayramlar’ atau ‘Bayraminiz Mubarek Olsun’ yang bermaksud selamat merayakan Hari Raya Bayram.

Iran
Masyarakat Islam Iran akan melakukan solat sunat Aidil Fitri di kawasan tanah yang lapang atau dewan besar. Di situ juga mereka akan membayar zakat fitrah.

Praying

 

Asia Tengah Dan Selatan

Afghanistan
Masyarakat di Afghanistan akan membuat persediaan seawal sepuluh hari sebelum menjelang Syawal. Mereka akan hiasi rumah dengan meriah.

Antara hidangan yang wajib disajikan ketika menjelang raya adalah Jelabi, Shor-Nakhod dan Cake wa Kolcha.

Photo 2020 05 21 23 00 23

Pakistan
Di Pakistan, salah satu tradisi utama mereka adalah menyediakan manisan seperti sheer kurma,iaitu buah kurma yang di masak dengan susu, mentega dan mi suhun vermicelli.

Photo 2020 05 21 23 00 19

India
Adat yang menjadi unik disana adalah,malam sebelum raya kaum wanita akan menghiasi diri mereka dengan inai pada kaki dan tangan, serta memakai gelang berwarna-warni. 

Henna

Hanya beberapa buah masjid sahaja yang menjadi tumpuan mereka. Jika boleh mereka nak solat secara beramai-ramai di masjid tersebut.

Antara masjid yang dikatakan adalah, Masjid Jamek di Delhi, Masjid Makkah di Hyderabad, Aishbagh Idgah di Lucknow, dan Masjid Nakhoda di Kolkata.

Lain-lain

China
Meskipun negara bukan majoritinya beragama Islam, tapi tradisi mereka dalam meraikan Hari Raya juga agak unik.

Pada Aidil Fitri, beberapa orang akan mengunjung perkuburan Sayyid ‘Ajjak selepas solat sunat. Di sana mereka akan membaca ayat Al-Quran dan membersihkan pusara tokoh islam tersebut.

E8Ad5989 B2A5 4B61 841D 605B3730D83F28E1605C5D0Eaf5F

Australia
Tradisi keunikan mereka adalah pada tempat mengerjakan solat. Meskipun bukan kawasan yang majoritinya Islam, polis disana dikatakan akan menutup jalan dan mengawal lalu lintas bagi memudahkan masyarakat di sana lakukan ibadah.

Aus

Di sesetengah kawasan, solat sunat Aidil Fitri akan dilakukan di kawasan terbuka seperti stadium dan tempat awam.

Amerika Syarikat
Di beberapa kawasan, solat sunat Aidil Fitri akan dilakukan beberapa kali bagi menampung jumlah jemaah yang ramai. Pihak masjid dikatakan sanggup menyewa taman untuk bagi umat islam di sana kerjakan solat sunat ini

Us Praying

Tradisi di sana, masjid akan membuat jamuan makan sepanjang tiga hari dan menjadi lazim Kerajaan Amerika Syarikat akan keluarkan setem khas untuk meraikan Hari Raya Aidil Fitri.

 

Baca: Pelik Tapi Benar, Ni Antara Etika Makan Di Seluruh Dunia Yang Korang Perlu Tahu

Annotation 2020 05 21 233525

 

Sumber: Holidayme
Sumber: Edarabia
Sumber: YouTube
Sumber: Jatime TIMES
Sumber: ABC
Sumber: Arab News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.