in

Ramai Teruja DHL Buat Playlist Spotify Pasal Pengalaman ‘Abang Kurier’, Tapi Siapa Aisyah?

Spotify Dhl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang meminati muzik atau pendengar muzik yang tegar, mesti anda familiar dengan aplikasi penstriman Spotify.


Ia bukan sahaja aplikasi yang memberikan pelbagai jenis muzik dari artis kegemaran anda, malah terdapat juga podcast yang boleh menemani waktu lapang anda.

Baru-baru ini, syarikat kurier terkenal DHL Express Malaysia telah mengeluarkan Spotify playlist atau susunan lagu dalam aplikasi tersebut dengan sebuah mesej yang sangat relatable dengan rakyat Malaysia.

Jika perbualan dengan abang kurier ialah Spotify Playlist

Syarikat penghantaran itu menerusi aplikasi tersebut menyusun lagu di mana judul-judulnya menjadi sebuah ayat yang biasa di dengar jika ada penghantaran barang ke rumah.

Sptfy

Susunan lagu itu berbunyi, Hello, is this Aisyah? This is me, Abang DHL here. Your parcel has arrived. Is anybody home?

Lagu-lagu itu termasuklah lagu daripada artis ternama seperti Adele dengan lagu ‘Hello’ dan Alessia Cara dengan lagu ‘Here’.

Malah, artis tempatan juga termasuk dalam playlist tersebut iaitu Imran Ajmain dengan lagu berjudul ‘Abang’ serta Projektor Band dengan lagu ‘Aisyah’.

Playlist tersebut kemudiannya mendapat perhatian daripada penyanyi Imran Ajmain yang teruja apabila baru mengetahui yang lagunya dimasukkan dalam playlist yang mendapat lebih 219 likes itu.

Kreatif kan? Kalau korang nak cuba dengar boleh klik di sini! Tapi min masih mencari siapa Aisyah…

Baca: [VIDEO] Nabila Razali ‘Cover’ Lagu Indonesia, Netizen Puji Suara Makin ‘Improve’

Untitled Design 2022 08 03T110300.883

Sumber: DHL Express

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.