in

“Ramai tak tahu” – Uncle Perjelas ‘Kegunaan Lain’ Cucuk Sanggul Rambut Di Zaman Dahulu

Cucuk Sanggul Diguna Sebagai Perisai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin banyak kita mengkaji, semakin banyak yang kita tahu mengenai sejarah dan budaya orang zaman dahulu yang membuatkan kita kagum dan bangga.


Kali ini, seorang ‘uncle’ telah berkongsi mengenai kegunaan cucuk sanggul rambut wanita yang tak ramai tahu selain daripada menjadi perhiasan di kepala wanita.

Sanggul1

“Dia guna cucuk sanggul ini untuk….” 

Menerusi perkongsian TikTok @pp11zzaa, video tersebut memaparkan seorang lelaki berbangsa Cina sedang menerangkan mengenai cucuk sanggul yang dipegangnya.

Katanya selain daripada menjadi perhiasan kepala, rupanya cucuk sanggul ini juga ada ‘kegunaan lain’.

Pada zaman dahulu jika ada lelaki mengganggu para wanita dan ingin memperkosa mereka, cucuk sanggul digunakan untuk menamatkan riwayat wanita itu sendiri.

Kira macam ‘over my dead body’ sebab tak sanggup hidup kalau itu yang perlu dilalui,” jelas video itu.

@pp11zzaa

Seriously tak pernah tahu! Sebab tu kita jangan jadi kaum yang buta sejarah! Mesti banyak bertanya dan tanam sifat ambil tahu ??? #fyp #sejarah #malaysia #melayu

♬ original sound – PizzaPizza – PizzaPizza

Malah tambahnya lagi, cucuk sanggup pada zaman dahulu memang dengan sengaja dibuat tajam berbanding zaman sekarang yang ‘ditumpulkan’ untuk digunakan sebagai alat mempertahankan diri wanita.

Katanya muncung hujung sanggul yang tajam itu bukanlah dibuat kerana untuk menahan rambut dari terjatuh kerana jika ia digunakan untuk mengikat rambut, muncungnya haruslah mempunyai dua hulu mata yang tajam.

“Betul… cucuk sanggul juga dikira senjata” 

Ramai di kalangan netizen rata-ratanya berasa teruja mendengar penjelasan uncle berkenaan dan mengakui telah diberitahu mengenai sejarah cucuk sanggul ini dari nenek moyang mereka.

Cucuk Sanggul

Menarikkan? Patutlah selalu nampak dalam filem melayu lama dorang guna cucuk sanggul sebagai senjata. 

Baca: Kenapa Wajah Orang Melayu Mudah Ditemui Di Diego Garcia, Ini Penjelasannya

Diego Garcia

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.