in

Ramai Tak Tahu Lagu Ruth Sahanaya ‘Kaulah Segalanya’ Rupanya Diban di Malaysia, Ini Sebabnya…

Kaulah Segalanya Ruth Diharamkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagu-lagu dari Indonesia sudah menjadi siulan rakyat kita di sini sejak dari zaman berzaman lagi. Malah pada tahun 90-an, nama-nama seperti Ruth Sahanaya, Anggun dan Nike Ardilla sangat popular di sini.

Namun tahukah korang, salah satu lagu yang sangat popular pada zaman itu, ‘Kaulah Segalanya’ dari Ruth Sahanaya ini sebenarnya telah diharamkan di Malaysia sehingga kini?


220Px Kaulah Segalanya

Gara-gara ayat ‘Mungkin hanya Tuhan’, lagu diban? 

Menerusi perkongsian personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya di TikTok, dia menceritakan sebab mengapa lagu ‘Kaulah Segalanya’ ini diharamkan di Malaysia.

Lagu ini katanya telah menimbulkan kontroversi dek kerana lirik awalnya berbunyi ‘Mungkin hanya Tuhan…’ yang mana rata-rata para ulama merasakan ia tidak sesuai kerana Tuhan Maha Mengetahui dan tidak ada yang mungkin bagi Allah.

Disebabkan hal itu, RTM katanya telah mengharamkan siaran lagu tersebut sehingga kini.

Penyanyi ubah lirik lagu jika ingin nyanyi

Lagu yang dirakam pada tahun 1991 hasil karya Tito Soemarsono ini walau bagaimanapun masih dinyanyikan oleh penyanyi terkenal di Malaysia seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang mana beliau telah menukarkan lirik tersebut menjadi ‘Yakin hanya Tuhan’.

Namun ada juga yang berpendapat lagu ini mempunyai maksud yang berbeza iaitu hanya si dia (penyanyi/penulis lagu) dan Tuhan sahaja yang tahu hakikat cinta mereka.

@fedtriyahya

Semakan di RTM mendapati lagu ini tiada dalam senarai. Sejak tahun 90an, ia menimbulkan kontroversi kerana ayat ‘Mungkin hanya Tuhan’ sekalipun ada tafsiran lain terhadap liriknya. #kaulahsegalanya dendangan asa #ruthsahanaya

♬ original sound – Ahmad Fedtri Yahya – Fedtri Yahya

“Eh yelah baru perasan” 

Video tersebut mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata tidak mengetahui lagu tersebut pernah terpalit dengan kontroversi dan diharamkan di Malaysia.

Pun begitu, ada yang memberi pendapat bahawa lirik tersebut membawa maksud yang lain tak ada kena mengena dengan akidah.

Manusia Tahu

Korang rasa macam mana? Ada yang bila menyanyi tukar lirik tak? 

Baca: “Ingatkan lagu sendiri” – Rupanya Ini Penyanyi & Lirik Sebenar Lagu ‘Begitu Syulit’ Yang Viral

Begitu Syulit

Sumber: Wikipedia
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.