Umum mengetahui bahawa ramai penduduk di negeri Kelantan dan Terengganu yang terjejas akibat banjir.
Nampaknya, bukan hanya manusia yang menjadi mangsa kerana tular di media sosial semalam bahawa lebih 400 kucing di sebuah pusat jagaan haiwan di Kampung Kubang Terap, Pasir Mas, Kelantan turut menjadi mangsa banjir.
Ini berikutan bangunan pusat jagaan haiwan itu yang dinaiki air lebih dua meter.
Sebelum ini, tular di media sosial video kucing-kucing tersebut menyelamatkan diri masing-masing dengan memanjat ke tempat tinggi dalam bangunan itu untuk melarikan diri daripada air banjir.
Pengusaha pusat jagaan kucing di Kampung Kubang Terap, Pasir Mas bimbang dengan keadaan lebih 400 kucing jalanan yang dijaga di pusat itu, selepas beliau bersama petugasnya sudah dua hari tidak dapat menjenguk keadaan kucing berkenaan disebabkan banjir.
Aelyusmida Awang, 27,… pic.twitter.com/lH46ijPTbR
— Media Selangor (@Media_Selangor) November 29, 2024
Memetik laporan Sinar Harian, pengusaha pusat jagaan itu, Aelyusmida Awang, dia dan petugasnya tidak dapat ke pusat jagaan itu kerana rumah mereka juga turut dinaiki air banjir.
Artikel berkaitan: Kreatif! Ramai Tertarik Nak Beli Plastik ‘Bungkus’ Kereta Buat Persediaan Hadapi Banjir Lepas Tengok Video Ini
Sebelum itu, untuk menyelamatkan kucing-kucing jagaan mereka itu, mereka telah memecahkan sebahagian siling bangunan agar kucing dapat berlindung di bahagian tersebut.
Difahamkan, mereka tidak dapat menyelamatkan semua kucing dengan memindahkan kesemua si bulus itu kerana air naik dengan sangat cepat.
@bernamaofficial Lebih 400 ekor kucing jalanan Pusat Jagaan Prihatin di Kampung Kubang Terap, Pasir Mas turut menjadi mangsa banjir apabila bangunan tempat haiwan itu berlindung dinaiki air melebihi dua meter sejak dua hari lepas. Klik pautan untuk berita penuh. 📸 Aelyusmida Awang #banjir #kelantan #bernamanews
♬ Slow and sad piano music with ambient sounds(1297831) – syummacha
Walau bagaimanapun, kucing-kucing di pusat jagaan itu sempat dibekalkan makanan.
Namun, kini, mereka tidak dapat lagi ke pusat jagaan itu kerana mereka dimaklumkan bahawa laluan masuk ke situ hanya boleh dimasuki dengan bot.
Untuk makluman semua, pusat jagaan kucing di situ telah dibuka pada Februari tahun ini kerana mereka mahu menempatkan lebih 400 ekor kucing jalanan di sekitar daerah Pasir Mas.
Dalam masa yang sama, pihak pusat jagaan itu berharap ada pihak yang sudi menyelamatkan kucing-kucing itu agar haiwan-haiwan comel itu tidak dihanyutkan arus banjir.
Sumber: Sinar Harian