in

Ramai Peminat Ucap Tahniah, Nad Zainal & Ungku Ismail Sah Sudah Bernikah

F3 Nzui

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, peminat industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita bahawa pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail dikatakan telah sah bernikah pada minggu lalu dalam sebuah majlis bertutup.


Nad Zainal dan Ungku Ismail pada mulanya telah berkongsikan video pendek (Reels) di Instagram masing-masing yang memaparkan kedua-duanya sedang berpegangan tangan di kawasan masjid sambil mengenakan busana putih.

Nampaknya berita perkahwinan kedua-dua pelakon drama Cina Buta ini benar kerana Nad Zainal kemudiannya telah berkongsikan gambar pernikahan mereka beserta kapsyen ‘Alhamdullilah’.

Pereka busana pernikahan kedua-dua pasangan ini iaitu Seth and Luna juga ada berkongsikan video Reels bahawa Nad Zainal telah memberikan kepercayaan kepada designer tersebut untuk mereka busana pernikahannya dengan Ungku Ismail.

Rata-rata peminat dan rakan artis juga telah membanjiri ruangan komen Instagram Nad Zainal untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai ini.

Pandai dorang simpan rahsia kan, tup-tup terus kahwin. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Nad Zainal dan Ungku Ismail.

Baca: “Dia dah mula sedar”- [VIDEO] Ungku Ismail Kongsi Perkembangan Terkini Nad Zainal

Nad Zainal Mula Sedar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.