in

“Tetap slay” – Nenek Bergaya Macam ‘Influencer’ Di Kenduri Kahwin Curi Perhatian Ramai

Slay 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jemputan majlis perkahwinan pasti akan dihadiri oleh pelbagai peringkat umur seperti orang dewasa, kanak-kanak, remaja dan warga emas. Kebiasaan orang yang datang ke majlis keramaian ini akan memakai baju cantik dan bergaya.


Namun begitu, beberapa hari lepas tular satu video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @aamirahatiqa memaparkan seorang wanita warga emas menjadi buah mulut dek kerana bergaya seperti influencer.

@aamirahatiqa

Tetap slayyyy?? #slay4life

♬ original sound – wah 72 – wah 72

Dalam video tersebut, wanita yang memakai shawl seperti gaya anak muda itu sedang beramah mesra dengan rakannya. Pengguna TikTok ini menulis ‘Pov (point of view); when you meet your bestfriend in 2053’ dalam video tersebut. Dia seperti mahu menyatakan gaya tersebut akan dipakai oleh dirinya ketika bertemu kawan baik pada tahun 2053.

Selain menarik perhatian kerana memakai shawl gaya influencer, rata-rata pengguna di TikTok kagum dengannya kerana bentuk badan yang masih cantik walaupun sudah berusia 61 tahun.

Menurut mStar ketika menemu bual anak kepada wanita itu, Nurfateha Yon, dia berkata ibunya tidak aktif di media sosial namun sangat menjaga penampilan sejak muda. Dia juga tidak menyangka ibunya telah menjadi perhatian ramai ketika mengunjungi kenduri kahwin di Taman Perling, Johor Bahru.

Tambah Nurfateha, ibunya bukanlah influencer, datin pun tidak, tetapi hanya orang biasa-biasa. Ibunya seorang suri rumah yang mempunyai empat orang anak termasuklah lapan cucu.

Nurfateha berkata adik-beradiknya sangat suka melihat ibu mereka berhias cantik dan pandai bergaya hasil tunjuk ajar daripada YouTube. Ujarnya lagi, setiap kali keluar bersama ibu, pasti ramai yang sangka dia keluar dengan kakak

Saya memang jenis cantik memanjang dan suka melawa.. ke kedai pun tetap bergincu dan mekap – Puan Habsah Isa

Selain suka bergaya, Puan Habsah Isa juga seorang yang peramah membuatkan dia mudah disenangi oleh orang terdekat. Dalam video tersebut juga ramai netizen memuji ibu Nurfateha yang nampak sangat peramah.

Nurfateha atau mesra dipanggil Cik Fath menambah ibunya juga pandai memasak terutamanya laksa Johor, nasi tomato dan nasi briyani.

Puan Habsah Isa ada berkata selama ini ramai orang bertanya kepadanya tip kurus. Baginya, dia menjaga kesihatan dengan cara aktif mengikuti senamrobik dan hanya makan nasi sekali sehari.

Dia berpesan kepada keluarga supaya ikhlas, jangan sombong dan bongkak. Sentiasalah bersedekah dan bersyukur kepada Allah.

Sumber: mStar

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.