in

Ramai Kecewa View Point Wang Kelian Kenakan Caj Kamera Kepada Pengunjung, Ini Penjelasan Kerajaan Perlis

View Point Wang Kelian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, Perlis antara destinasi pelancongan yang semakin popular kerana menawarkan beberapa tempat yang boleh melihat keindahan alam yang kini menjadi trend masa kini.


Salah satu tempat yang tidak dilepaskan peluang jika berkunjung ke Perlis adalah View Point Wang Kelian.

Difahamkan, destinasi untuk melihat panorama kehijauan hutan ini mengenakan caj bayaran masuk kepada pengunjung sebanyak RM2.

Artikel berkaitan: “Tak tahu nak travel mana?” – Ini 7 Tempat Percutian Murah & Best Yang Ada Di Malaysia

Artikel berkaitan: “Patutlah orang kata Langkawi mahai” – Pelancong Tak Puas Hati Ayam Goreng Kunyit Dicaj RM20

Img 20221221 Wa0007

Namun, baru-baru ini orang ramai melahirkan rasa kecewa susulan gambar tular caj bayaran kamera yang dikenakan kepada pengunjung.

Menerusi notis terbabit, pengunjung yang membawa kamera dan perakam video dikenakan bayaran sebanyak RM15 untuk seunit bagi warganegara Malaysia, manakala RM20 untuk bukan warganegara.

Manakala untuk menjalankan sesi pengambaran filem atau dokumentari pula dikenakan caj RM500 sehari untuk warganegara dan RM1,000 untuk bukan warganegara.

Selain itu, fotografi pula dikenakan caj RM200 sehari untuk warganegara, manakala bukan warganegara dikenakan RM400 sehari.

Penularan caj bayaran yang dikenakan itu menarik perhatian ramai, rata-rata tidak berpuas hati sehingga membandingkan pelancongan di sini dengan negara luar.

Kerajaan Perlis beri penjelasan

Memetik sumber Harian Metro, kerajaan Perlis menjelaskan bahawa caj yang dikenakan kepada orang ramai yang melawat View Point Wang Kelian hanya tertakluk untuk tujuan penggambaran komersil sahaja.

“Bawa bertenang semua, fi fotografi yang dikenakan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis adalah bertujuan untuk penggambaran komersil saja yang menggunakan kamera jenis DSLR dan seumpamanya.

“Selain itu, jika hanya sekadar untuk tujuan peribadi, hobi atau untuk dimuat naik di media sosial, ia tidak dikenakan caj,” kata Exco Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis, Wan Badariah Wan Saad.

Jelasnya, kadar bayaran yang dikenakan itu sebenarnya sudah termaktub dalam peraturan Kaedah-Kaedah Hutan Negeri Perlis (Pindaan) 2019 serta sudah dikuatkuasa sejak 2020.

Tambahnya, kutipan caj itu akan digunakan semula untuk aktiviti pembangunan dan penyelenggaraan kawasan ekopelancongan di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Sumber: Harian Metro, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.