Sekarang ni memang musim buah durian, jadi tak hairanlah kalau kita nampak banyak gerai-gerai yang menjual raja buah ini di tepi-tepi jalan. Memang sedap durian, kalau buat tempoyak pun sedap kan!
Baru-baru ini, tular di media sosial video durian-durian yang dibawa dengan sebuah kenderaan 4X4 telah disusun dengan kemas sehingga membentuk seperti piramid di bahagian belakang kenderaan itu.
Video tersebut telah dikongsikan oleh akaun media sosial X mynewshub.
Dapat dilihat dalam video berdurasi selama 19 saat itu bahawa kenderaan yang membawa durian itu adalah di Thailand berdasarkan tulisan pada nombor plat kenderaan tersebut.
Artikel berkaitan: “Nampak kering” – Influencer Korea Akui Durian Malaysia Lebih Enak Lepas Cuba Durian Thailand
Artikel Berkaitan: Angkara Bau Durian, Pemandu Bas Di Thailand Pengsan Sampai Perjalanan Terpaksa ‘Delay’
Dalam video yang sama juga, dapat dilihat bahawa kenderaan yang membawa durian-durian yang disusun kemas itu tetap steady dan tiada sebarang durian yang jatuh ketika kenderaan itu bergerak dalam video berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang mengatakan durian-durian itu tidak jatuh meskipun disusun sedemikian kerana jalan raya di Thailand memang cantik dan tidak berlubang.
Memang cool sususan durian tu kan! Tiba-tiba craving durian pulak….
Sumber: X @mynewshub