in

“Ramai bagi gift”- Live TikTok Fattah Amin Ditonton 50,000 Penonton

Live Tiktok Fattah Amin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pasangan pelakon popular, Fazura dan Fattah Amin yang bercerai selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Kecoh juga di media sosial apabila ramai netizen yang membincangkan tentang kisah perceraian mereka sehingga ada yang memilih untuk berada di Team Fattah dan Team Fazura.


Semalam setelah hampir seminggu sah bercerai, Fattah Amin telah membuat penstriman langsung atau Live di platform TikTok.

Dapat dilihat bahawa live TikTok Fattah Amin itu telah ditonton lebih kurang 50,000 penonton.

@anistaqwa

Wah naik mencanak canak views live #Fattahamin ye… ok nanti kita tunggu product apa yg FA akan launch and jual kat beg kuning😁😁..ramai support FA

♬ original sound – Anistaqwa – Anistaqwa

Artikel Berkaitan: “Aku seret korang pergi mahkamah” – Rosyam Nor Bengang Wanita Fitnah Kaitkan Namanya Isu Cerai Fattah-Fazura

Artikel Berkaitan: “Stay strong” – Fazura ‘Reply’ Tweet Setelah Lama Menyepi, Netizen Anggap Itu ‘Hint’?

Difahamkan, live Fattah Amin itu juga telah meraih sebanyak 22 juta tanda suka daripada warganet.

Pelakon yang berusia 34 tahun itu juga turut menerima pelbagai ‘gift’ di TikTok daripada penonton live tersebut.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama dia membuat live di TikTok kerana mahu berbual santai dengan peminat-peminatnya.

Dalam penstriman langsung itu juga, Fattah ada memberitahu bahawa dia akan membangunkan empayar perniagaannya sendiri tidak lama lagi.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada penonton yang memberikan hadiah kepadanya ketika sesi live tersebut.

Sumber: Sinar Harian 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.