in

Pelanggan Tersilap Bayar RM26.60 Jadi RM2,660, Restoran Nasi Lemak Mohon Bantuan Cari Wanita Ini

Ft Kedai Nasi Lemak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Agak frust kalau kita silap masuk amaun dalam satu transaksi, kalau nak bayar RM 1.50 jadi RM15.00 pun dah menggelupur, apatah lagi satu kes ni yang sepatutnya RM26.60 jadi RM2,660!

Ia terjadi di sebuah kedai makan nasi lemak yang terletak di Petaling Jaya ini di mana ada seorang pelanggan termasukkan amaun 4 angka tersebut ketika membuat pembayaran menerusi kod QR di kaunter.


Artikel berkaitan : Lelaki Bengang Didenda RM5 Sebab Anak Makan Bersepah Di Kedai Makan

Artikel berkaitan : Kedai Makan Di Thailand Jadi Tumpuan, Hidang Makanan Pelanggan Atas Barang-barang Kegunaan Harian

Disebabkan itu, kedai makan yang dikenali sebagai Koji Chen ini ada membuat satu perkongsian menerusi Facebook miliknya untuk mencari pelanggan tersebut.

“Awak dah tersilap bayar kod QR kepada kami sebanyak RM2,660 untuk bil yang sepatutnya berjumlah RM 26.60. Bantu kami cari mereka untuk pulang balik baki kepada mereka. Kita ni bukan Botak Omakase.”

457870385 8225253120855130 2715970691460739322 N

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berseloroh dengan mengakui bahawa ia adalah wang milik mereka bahkan ada juga yang siap berikan nombor akaun mereka.

Bagaimanapun, pihak restoran menyatakan wang tersebut telah pun berjaya dipulangkan kepada tuan empunya badan.

Sumber : Facebook

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.