in

“Rakyat jangan dijadikan kancil yang mati tersepit” – Titah Sultan Nazrin Ketika Perlantikan MB Perak ‘Tamparan’ Buat Ahli Politik

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, berlangsungnya Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-14 Datuk Saarani Mohamad di Istana Iskandariah.


Ketika bertitah dalam istiadat tersebut, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengatakan penukaran kerajaan dan Menteri Besar bukanlah perkara yang boleh dibanggakan namun merupakan cerminan terhadap kegagalan sebuah pentadbiran.

“Sejak berlangsungnya Pilihan Raya Umum keempat belas, sudah tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar dilakukan; perkara yang mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Negeri sebelum ini.

Tetapi perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan; perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.”

“Rakyat jangan dijadikan kancil yang mati tersepit”

Sulnzrinc02 1607576956

Dalam titahnya juga, Sultan Nazrin turut memberi peringatan kepada ahli politik untuk tidak menjadikan rakyat mangsa kerana pergaduhan politik.

Rakyat jelata, terutama dalam kalangan berpendapatan rendah dan miskin, rakyat yang semakin ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat pandemik COVID-19, jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu.”

Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud.”

Sultan Nazrin turut menzahirkan titah terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang telah melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar sejak 12 Mei 2018 dan penghargaan terhadap petugas media yang berkampung di hadapan Istana Kinta, Ipoh serta anggota polis yang membantu mengawal keadaan bagi membolehkan pelbagai pihak melaksanakan tugas masing-masing.

Daulat Tuanku!

Sumber: BERNAMA

 

Baca: Perak Bakal Dapat MB Baru, Ahmad Faizal Azumu Gagal Dapat Sokongan Majoriti & Berundur Dari Jawatan Menteri Besar

Screenshot 2020 12 10 At 5.04.42 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.