Tular di media sosial sejak 15 Ogos lalu memperlihatkan wakil rakyat di Indonesia menari sakan setelah selesai acara di sidang parlimen.
Kelakuan itu dilihat mendatangkan rasa kurang senang kebanyakan netizen Indonesia yang melihat aksi wakil-wakil rakyat yang begitu seronok berjoget namun didakwa tidak menghiraukan kesusahan rakyat mereka.
Artikel berkaitan : Polis Tak Tolak Kemungkinan Kes Anak Rafizi Kena Serang & Disuntik Bermotifkan Politik
Artikel berkaitan : Tular Bendera Malaysia Dipasang Terbalik, Anthony Loke Minta Jangan Politikkan Isu
Ahli politik menari sakan
Dalam video tersebut, dilihat speaker dewan sedang berhujah memberi ucapan penutup sidang dan memperkenalkan satu kumpulan okestra untuk mempersembahkan lagu daerah yang berjudul Nona Manis.
Kelihatan semua ahli politik di dalam sidang tersebut bersuka-ria sehinggakan ada yang berdiri dan menari serta berjoget sakan. Ia membuatkan ramai netizen di negara jiran rasa tidak puas hati dengan situasi berkenaan.
Dalam satu rungan komen, mereka mempersoalkan terhadap nasib rakyat yang bersusah payah di luar, namun wakil rakyat mereka boleh pula bersuka ria.
Menurut sumber, tindakan tersebut diibaratkan satu cerminan yang menunjukkan mereka mempunyai kesedaran yang rendah terhadap persepsi orang awam dan rakyat jelata.
Bahkan disebabkan kritikan ini, sumber melaporkan ahli politik berkenaan kini telah didesak untuk melakukan penjelasan berhubung isu itu.
Sumber : YouTube, Warta Lombok