in

Raja Bomoh Nafi Buat ‘Ritual’ Syirik, Jab. Agama Islam Perak Buka Kertas Siasatan

Ft Nafi Buat Ritual Syirik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam viral satu video ritual daripada Raja Bomoh yang dilihat seperti sedang melakukan pemujaan untuk cegah kawasan Teluk Intan daripada banjir.


Video yang berdurasi 25 minit itu telah mendapat perhatian netizen dari pelbagai platform media sosial, maka dengan tularnya video tularnya video itu, ia membuatkan Raja Bomoh atau Datok Ibrahim Md Zain terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar.

 

Nak lindungi pusara ibu di Teluk Intan daripada ditenggelami air banjir, nafi ianya syirik.

Menerusi video live di Facebook semalam, Raja Bomoh telah memberikan penjelasan terhadap tujuan dan selanjutnya mengenai ritual itu.

Raja Bomoh juga ada menjelaskan tindakannya itu adalah untuk menyelamatkan pusara ibu bapa dan keturunannya daripada tenggelam akibat banjir jika melanda ke beberapa daerah di negeri Perak.

Rajabomoh9

Tak hanya itu, Raja Bomoh juga menafikan dakwaan dia berlaku syirik kerana apa yang dilakukan hanyalah untuk melindungi keturunannya dan sama sekali tidak ada kena-mengena dengan pihak lain.

Malah, Raja Bomoh juga menafikan bahawa perkara itu syirik kerana apa yang dilakukan adalah untuk lindungi keturunannya, malah Raja Bomoh juga ada menjelaskan secara terperinci mengenai ritual yang dilakukannya itu.

Penjelasan video viral

Posted by Datok Ibrahim Md Zin on Wednesday, January 5, 2022

 

Jabatan Agama Islam Perak buka kertas siasatan, kesalahan hina Islam.

Berikutan dengan isu ini juga, Astro Awani hari ini melaporkan bahawa pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kini sudah membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim Mat Zin berhubung ritual menolak musibah banjir yang dilakukan di Dataran JPS di Teluk Intan seperti yang tular di media sosial pada Rabu.

Rajabomoh7

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

“JAIPk membuka kertas siasatan berhubung perkara ini. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara seumpama ini dan menjauhi apa juga amalan yang menjurus kepada khurafat.”

 

Baca : [VIDEO] Raja Bomoh Muncul Buat ‘Ritual’ Lagi, Kali Ini Bergabung Dengan ‘Puteri’ Nak Halau Banjir

Ft Rajabomoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.