in

Rai Sambutan Krismas Dengan Citarasa Moden Di Gordon Ramsay Bar & Grill

collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rayakan detik paling indah tahun ini dengan cara paling memikat. Perayaan Krismas klasik Eropah, dihidupkan semula di Gordon Ramsay Bar & Grill.

Dari 18 November hingga 31 Disember 2025, nikmati Menu À La Carte Perayaan yang mewah, diinspirasikan daripada tradisi Krismas klasik dan disempurnakan dengan flair ikonik Gordon Ramsay.


Nikmati pesona Krismas yang sebenar dengan hidangan pembuka yang memukau, dirumus untuk membangkitkan kehangatan rumah dan suasana perapian. Mulakan dengan Beef Consommé yang harum dan kaya, disatukan dengan truffle hitam dan barli mutiara.

Beef Consomme

Pilihan lain yang disediakan adalah Steamed King Crab Chawanmushi yang lembut dan mewah, lengkap dengan kaviar oscietra dan sos vin blanc berkrim. 

Nak cuba gabungan rasa yang memukau, Pâté en Croûte yang menggabungkan itik, foie gras, prune dan pistachio menawarkan indulgence sebenar. Manakala Grilled Hokkaido Scallops dengan sos pedas landak laut, roe trout liar dan finger lime menambah dimensi rasa yang segar dan mewah.

Pate de Encroute

Grilled Hokkaido Scallops

Ora King Salmon ‘Escabeche’ pula menghadirkan warna perayaan dengan gabungan lobak merah, saffron dan verjus yang penuh karakter. Rasa Salmon yang premium dalam setiap suapan. 

Ora King Salmon ‘Escabeche

Terokai hidangan utama yang meraikan tradisi perayaan Eropah dengan penuh keanggunan. Nikmati Roast Wagyu Prime Rib yang dihidangkan bersama kentang panggang lemak itik, kubis Brussels, cendawan liar, truffle hitam dan jus sumsum tulang. Sebuah hidangan megah yang merangkum semangat musim perayaan. 

Roast Wagyu Prime Rib

Untuk pengalaman Krismas sebenar, korang boleh cuba Bronze Turkey Wellington yang dihidangkan bersama parsnip panggang, kubis merah braise dan jus gras yang kaya.

Bronze Turkey Wellington 

Peminat makanan laut pula korang pasti terpesona dengan Seared Japanese Flounder yang dipadankan dengan kupang, kerang, kentang saffron dan velouté serai, atau Langoustine Agnolotti yang disaluti bisque langoustine dan truffle hitam untuk rasa indulgent tanpa batas.

Seared Japanese Flounder

Langoustine Agnolotti

Akhiri jamuan Krismas korang dengan sesuatu yang benar-benar istimewa. Ada tiga pilihan pencuci mulut yang pasti buat korang terpukau. 

Bomb Alaska, hidangan pencuci mulut dengan coklat Valrhona 70%, vanila dan limau darah berkilat. Selain itu, Christmas Pudding klasik dengan brandy anglaise (mengandungi alkohol). 

Bombe Alaska

Kalau korang inginkan sesuatu yang tak terlalu manis, Brie de Meaux dengan truffle hitam, walnut karamel, quince dan malt loaf pasti menjadi pilihan.

Raikan musim perayaan bersama keluarga di Gordon Ramsay Bar & Grill, dengan tawaran kanak-kanak makan secara percuma sepanjang musim Krismas. Dari makan malam kecil hingga majlis meriah, setiap hidangan membawa rasa dan keanggunan Krismas Eropah ke Sunway City Kuala Lumpur.

Group Shot

NIkmati musim penuh kegembiraan bersama di Gordon Ramsay Bar & Grill, di mana setiap hidangan mengisahkan tradisi Krismas abadi yang dicipta khusus untuk citarasa moden. 

Untuk tempahan di Gordon Ramsay Bar & Grill , sila hubungi +603 7495 2009 / WhatsApp +6019 381 5568 

Untuk tempahan dan pertanyaan lain, sila hubungi +603 7492 8000 atau melalui e-mel di
srhs.reservations@sunwayhotels.com

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunwayhotels.com/sunway-resort, ikuti kami di Facebook dan Instagram  @GordonRamsayBarAndGrillKL dan @SunwayResortKualaLumpur.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.